KLANG: Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia meliputi antaranya pek makanan retort, selimut dan ubat-ubatan yang akan dihantar menerusi jalan laut dari Pelabuhan Klang pada 1 Jun ini dan dijangka tiba di Pelabuhan Said, Mesir pada 4 Julai.
Beliau berkata misi bantuan kemanusiaan dengan kerjasama Ops Ihsan itu adalah hasil kutipan derma menerusi tabung Pahang4Palestine yang mula digerakkan semasa Himpunan Solidariti Pahang4Palestine di Kuantan pada 28 Okt tahun lalu.
"Jumlah kutipan derma menerusi tabung Pahang4Palestine sehingga hari ini berjumlah RM1.6 juta dan kita tukarkan wang tersebut kepada bentuk barangan keperluan untuk dihantar kepada rakyat Palestin.
"Saya berjanji setiap sen yang disumbangkan akan sampai ke bumi Gaza, itu jaminan kerajaan negeri, kami ada jawatankuasa khas yang menjaga setiap sumbangan diterima dan dipantau untuk memastikan ia tidak digunakan sewenang-wenangnya," katanya pada sidang media ketika melancarkan misi bantuan berkenaan di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata bagi misi bantuan kemanusiaan itu, pihaknya turut mendapat kerjasama Wisma Putra selain komitmen sama diberikan pihak Kedutaan Mesir di Malaysia.
Pada masa sama, beliau mengecam tindakan kejam rejim zionis terhadap rakyat Palestin yang telah mengorbankan lebih 35,000 nyawa yang rata-ratanya terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Wan Rosdy (tiga,kanan) bergambar kenangan bersama Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali (dua, kiri) pada Majlis Pelancaran Flag-Off Barang Bantuan Kemanusiaan dari Pahang ke Gaza hari ini. - Foto Bernama

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Nizar Najib nafi cuba jatuhkan Kerajaan Pahang
Datuk Mohamad Nizar Najib hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau cuba menjatuhkan Kerajaan Pahang menerusi perjumpaan dengan pemimpin pembangkang.

Tengku Hassanal ingatkan Kerajaan Pahang pastikan pelaburan bermanfaat, tidak belakang alam sekitar
Kerajaan negeri Pahang diingatkan untuk memastikan pembangunan dan pelaburan dipantau sepenuhnya supaya bermanfaat kepada rakyat tanpa membelakangkan alam sekitar, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Ha

Pahang benar acara akad nikah secara bersyarat
Kerajaan negeri Pahang memutuskan untuk membenarkan permohonan mengadakan acara akad nikah namun secara bersyarat, yang sebelum ini ditangguhkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.