KUANTAN: Pahang memohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah jalan raya rosak dan bekalan air di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata permohonan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perjumpaan di Putrajaya semalam, yang turut disertai Pengarah Jabatan Kerja Raya Pahang Datuk Hafizah Zakaria dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari.
"Kami telah membawa beberapa permohonan berhubung masalah jalan terutama Jalan Persekutuan dan masalah bekalan air untuk masyarakat di bandar dan luar bandar, jadi kita mohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya memberikan tambahan peruntukan supaya ia dapat diselesaikan.
"Saya yakin Perdana Menteri akan beri pertimbangan serius kerana kita bangkitkan ini untuk rakyat dan kita akan dapatkan perkembangan dari masa ke masa mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad di sini hari ini.
Pada majlis itu, Wan Rosdy memaklumkan kutipan hasil kerajaan negeri pada tahun lepas ialah RM1.306 bilion mengatasi tahun sebelumnya iaitu RM1.28 bilion, yang merupakan kutipan melebihi RM1 bilion untuk dua tahun berturut-turut.
Beliau juga memberi jaminan bantuan khas kewangan dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri pada tahun hadapan, jika kutipan hasil negeri pada 2024 mencecah RM1.6 bilion, melebihi daripada sasaran RM1.137 juta yang ditetapkan.
"Terima kasih kepada penjawat awam negeri atas usaha yang telah dilaksanakan sehingga kerajaan negeri mencapai kutipan hasil melebihi RM1 bilion untuk dua tahun berturut-turut.
"Apa yang kita dapat akan dikembalikan semula kepada rakyat termasuk penjawat awam... ini adalah sebagai motivasi kepada mereka.
"Bukan mudah untuk dapat jumlah itu tanpa membebankan rakyat, kita perlu menguruskan ketirisan dan kebocoran selain melihat peluang lain yang ada untuk tingkat hasil kepada kerajaan negeri," katanya.
Selain itu, Wan Rosdy berharap penjawat awam negeri menjadi mata dan telinga dalam melapokan isu mengenai pencerobohan tanah secara haram agar tindakan penguatkuasaan dapat diambil terhadap mereka yang terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024

Wan Rosdy berkata permohonan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perjumpaan di Putrajaya semalam. - Gambar fail/Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Nizar Najib nafi cuba jatuhkan Kerajaan Pahang
Datuk Mohamad Nizar Najib hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau cuba menjatuhkan Kerajaan Pahang menerusi perjumpaan dengan pemimpin pembangkang.

Tengku Hassanal ingatkan Kerajaan Pahang pastikan pelaburan bermanfaat, tidak belakang alam sekitar
Kerajaan negeri Pahang diingatkan untuk memastikan pembangunan dan pelaburan dipantau sepenuhnya supaya bermanfaat kepada rakyat tanpa membelakangkan alam sekitar, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Ha

Pahang benar acara akad nikah secara bersyarat
Kerajaan negeri Pahang memutuskan untuk membenarkan permohonan mengadakan acara akad nikah namun secara bersyarat, yang sebelum ini ditangguhkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.