ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) sedang mengumpul maklumat berkaitan kesesakan trafik khususnya di Johor Bahru bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bandar raya itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata dapatan kajian berkenaan akan dibentangkan dalam mesyuarat bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di Kuala Lumpur pada 29 Feb ini.
"Di peringkat negeri, beberapa bulan lepas kita menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyuraian Trafik bagi menangani kesesakan, usaha ini turut mendapat sokongan Kementerian Pengangkutan (MOT). Agensi yang membantu mengumpul maklumat ini termasuk polis, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).
"Selain mesyuarat bersama Menteri Pengangkutan, kita juga akan mengadakan mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara sama pada 6 Mac," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PAJ dan Pihak Pengusaha Teksi Negeri Johor di sini pada Selasa.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PAJ Abdul Malik Ismail, Presiden Gabungan Persatuan Teksi Berdaftar Johor Bahru Wahib Mohd Yasin serta Pengerusi Persatuan Kebajikan Tuanpunya dan Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Teksi Mewah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Mohamad Nor Mohamad Syed.
Mohamad Fazli berkata hasil perbincangan kerajaan negeri bersama Loke dan Ahmad Zahid itu akan dikumpulkan sebagai draf perancangan bagi mengatasi masalah trafik sebelum diangkat ke perbincangan di peringkat Kabinet.
Mengulas mengenai MoU itu, Mohamad Fazli berkata ia bertujuan membantu pengusaha teksi di negeri ini untuk meningkatkan pendapatan bulanan mereka melalui medium pengiklanan.
"MoU berkenaan rentetan daripada kajian yang dibuat PAJ sebelum ini dan antara kaedah yang dipersetujui adalah dengan cara memasang stiker iklan di badan-badan teksi. Sebagai permulaan, kita akan sasar kepada teksi di kawasan bandar raya terlebih dahulu sebelum diperluas ke kawasan bersesuaian lain. Usaha ini selari dengan cadangan Tahun Melawat Johor 2026.
"Difahamkan teksi berdaftar di seluruh Johor adalah sebanyak 5,671, tetapi kita mula dengan 95 buah terlebih dahulu, kemudian kita akan tambah jumlah itu dari semasa ke semasa hingga ke 2025 dan 2026 akan datang. Ini usaha jangka masa panjang," katanya.
Beliau berkata inisiatif itu tidak akan meminggirkan pemandu teksi di luar bandar sebaliknya pelbagai faktor diambil kira antaranya kos sara hidup setempat, kawasan tumpuan pelancong dan kesesuaian produk yang bakal diiklankan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024

PAJ sedang mengumpul maklumat berkaitan kesesakan trafik khususnya di Johor Bahru bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bandar raya itu. - Foto fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PAJ kumpul maklumat, atasi kesesakan trafik di Johor Bahru
PAJ sedang mengumpul maklumat berkaitan kesesakan trafik khususnya di Johor Bahru bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bandar raya itu.

PAJ mula sediakan bas bantu pejalan kaki rentas sempadan di Tambak Johor
Perkhidmatan disediakan setelah pihaknya membuat penyelarasan iaitu membabitkan operator bas, PLUS Malaysia Bhd (PLUS), polis, imigresen dan semua agensi terlibat.

PAJ diminta sediakan bas buat pejalan kaki RGL dan PCA
Usaha itu diharapkan dapat meringankan beban pejalan kaki yang harus merentasi Tambak Johor berikutan pengangkutan awam sama ada masuk atau keluar melalui tambak itu masih tidak dibenarkan beroperasi.

Kerajaan negeri Johor bakal laksana audit forensik atas GLC miliknya
Datuk Osman Sapian berkata buat permulaan, audit itu mungkin dilaksanakan terhadap dua atau tiga syarikat dengan satu daripadanya adalah YPJ Holdings.