KLANG: Seorang pembantu restoran dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, setelah didapati bersalah meliwat anak saudara perempuannya berusia tujuh tahun, di sebuah rumah di Banting, Selangor, tiga tahun lepas.
Hakim Syafeera Mohd Said memerintahkan tertuduh yang berusia 20 tahun itu, dipenjara dari tarikh jatuh hukum hari ini, selain mengenakan perintah kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan serta pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat tempoh hukuman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii iaitu meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah rumah di Banting, dekat sini pada 11.30 malam, 27 Mac 2020.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan.
Terdahulu, peguam Muhammad Syawal Mohd Razak yang mewakili tertuduh merayu supaya anak guamnya dikenakan bon berkelakuan baik dengan alasan lelaki itu masih muda.
Selain itu, tertuduh juga katanya tiada rekod lampau dan dia merupakan anak bongsu daripada 11 beradik yang telah hilang tempat bergantung selepas menjadi yatim piatu sejak berusia tujuh tahun.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Ayuni Jamri bagaimanapun menegaskan perlakuan tertuduh yang meliwat mangsa menunjukkan bahawa dirinya tiada sifat ihsan dan belas kasihan terhadap kanak-kanak.
"Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengambil kira kekerapan kes-kes jenayah berbentuk seksual terhadap kanak-kanak yang semakin meningkat dan berleluasa terutama sekali di Selangor. Hukuman berat dan berbentuk pengajaran perlu dikenakan kepada tertuduh agar insaf dan tidak sesekali mengulangi kesalahan jijik dan hina seperti ini," katanya.
Sepanjang prosiding perbicaraan bermula 3 April lepas, seramai enam saksi masing-masing dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan.
Di mahkamah sama, seorang pembantu gerai mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap rakan perempuannya berusia 17 tahun di sebuah pangsapuri di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada 1 tengah hari, 29 Okt lepas.
Ahmad Iszhar Hardy, 20, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dihukum dengan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan selain tidak dibenarkan mengganggu mangsa.
Syafeera menetapkan 2 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2023
Seorang pembantu restoran (kanan) dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang, setelah didapati bersalah meliwat anak saudara perempuannya berusia tujuh tahun. - Foto Bernama
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Pak cik liwat anak saudara dipenjara 10 tahun, tiga sebatan
Seorang pembantu restoran dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan setelah didapati bersalah meliwat anak saudara perempuannya.