KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan panggung wayang dibuka di negeri ini kerana ianya bukan satu keperluan.
Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan Kelantan kekal dengan pendirian tidak membenarkan operasi pawagam di negeri ini selepas melalui proses perbincangan yang panjang.
"Setakat ini keputusan kita masih kekal untuk tidak memberi kebenaran atau beroperasi meluluskan pawagam di Kelantan, bahkan setakat ini hampir tiada desakan sejak tahun lepas... sebab itu saya jawab isu pawagam sebagai tiada isu di Kelantan, (bererti) bukan isu lah," katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Muslimat Pas kawasan Pengkalan Chepa di sini hari ini.
"Kadang kala orang Kelantan ini kalau nak shopping pun dia pergi ke Kuala Lumpur walaupun di Kelantan ada Aeon Mall, tapi orang Kelantan suka membeli-belah di Kuala Lumpur.
"Yang jadi kecoh sekarang ini kerana cerita Mat Kilau (filem Mat Kilau) kalau tak ada filem Mat Kilau orang pun tak bercakap pasal tak datang pawagam. Sebab Mat Kilau tayang di pawagam, orang datang nak tengok, tapi sebab kita tak ada (pawagam) maka jadi isu, pilhan ada... Terengganu ada pawagam," ujarnya.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, tidak dinafikan rakyat Kelantan berkunjung ke Terengganu dengan tujuan menonton filem di.pawangam kerana jaraknya yang dekat.
Untuk makluman, katanya wujud pawagam di Terengganu dan Kedah sebelum Pas jadi kerajaan lagi, terserah kepada pihak kerajaan Terengganu dan Kedah manakala Kelantan tiada pawagam sejak awal Pas memerintah.
"Tengoklah, masa akan datang kita tak tahu... lima enam tahun lagi. Untuk hari ini tak ada, bagi kita bukan suatu keperluan untuk tukar polisi bagi membolehkan pawagam dibuka di negeri ini.
"Peluang untuk berhibur, kerajaan tak halang. Sebenarnya nak tonton filem tak perlu pawagam sebab kita ada Netflix ada Astro Best, Astro macam-macam pakej ada, Hindustan ada Cina ada.. banyak. Jadi, itu lebih selesa.
"Pakai kain pelikat pun tak apa... kalau pawagam kena pakai kemas, kena beli tiket semua. Macam ni, boleh tengok bila-bila masa... kalau kita sibuk, kita rakam," katanya lagi.
Mohd Amar berkata, isu pawagam ditimbulkan kembali kerana filem Mat Kilau dan kerana pilihan raya umum semakin hampir.
"Kebetulan pilihan raya hampir, Ketua Pemuda Pas pergi tonton filem, maka ada pihak jadikan isu. Ini bukan isu (pawagam) sebenarnya," jelas beliau.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari ketika dihubungi memaklumkan tujuannya menonton filem Mat Kilau di pawagam baru-baru ini sebagaj menyatakan tanda sokongan Pas kepada pembikinan filem-filem patriotik yang dilihat tidak mempunyai unsur-unsur berlawanan dengan syariat.
"Ianya sebagai satu bukti bahawa Pas bukanlah anti kepada industri perfileman. Saya ucapkan tahniah kepada pengarah dan barisan pelakon serta semua yang terlibat menjayakan filem ini," katanya.
Menyentuh mengenai pembukaan pawagam, Ahmad Fadhli berkata ia perlu dbincangkan di peringkat negeri masing-masing.
"Di Kelantan, pawagam masih tidak dibenarkan beroperasi, namun terpulang kepada kerajaan negeri pada masa hadapan.
"Di negeri lain, ia tidak dihalang dan sehingga ke hari ini, Pas tidak mempunyai sebarang kecenderungan untuk menutup pawgam-pawagam di negeri-negeri selain Kelantan termasuklah di negeri yang ditadbir oleh Pas seperti Kedah dan Terengganu," tambahnya.
Vivi Sumanti
Fri Jul 01 2022

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan Kelantan kekal dengan pendirian tidak membenarkan operasi pawagam di negeri ini selepas melalui proses perbincangan yang panjang. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
![[KOLUMNIS] Apakah 'flip' pertama boleh berlaku dalam PRK Nenggiri? [KOLUMNIS] Apakah 'flip' pertama boleh berlaku dalam PRK Nenggiri?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722657788_tbstatebyelection.jpg)
[KOLUMNIS] Apakah 'flip' pertama boleh berlaku dalam PRK Nenggiri?
Jentera yang menyokong dan membantu mereka berdua ini ternyata aktif di semua 20 daerah mengundi.

PRN Kelantan: Pas hantar lebih 100 nama untuk tapisan Majlis Syura
Pas Kelantan telah menghantar senarai nama lebih 100 calon yang berkelayakan bagi mewakili parti itu untuk bertanding di 39 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Kelantan perlukan pembangkang yang kuat - Nik Nazmi
Pembangkang yang kuat itu bagi memastikan tugas semak dan imbang pentadbiran Pas Kelantan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

PRU15: Pas serah 150 nama calon Parlimen, DUN Kelantan
Kesemua nama calon tersebut dihantar kepada Pas Pusat pada Ogos lalu.

'Pakai kain pelikat di rumah pun boleh tengok Astro dan Netflix, tak perlu ada pawagam' - Mohd Amar
Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan panggung wayang dibuka di negeri ini kerana ianya bukan satu keperluan.

Pas Kelantan dijangka berdepan cabaran getir PRU akan datang
Minat rakyat kini lebih terarah kepada isu-isu semasa yang berlaku di Kelantan seperti masalah bekalan air.

Pas Kelantan siap sedia hadapi sebarang kemungkinan pada PRU15 - Ahmad
Pas bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk kehadiran gabungan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan.

Pas tidak bimbang rancangan Ku Li rampas Kelantan
Kebiasaannya, ketetapan untuk sesebuah parti menjalinkan kerjasama dibuat oleh parti, dan bukannya individu.

Jangan kritik, mulut jahat terhadap Pas Kelantan - Ahmad Jazlan
Pendekatan UMNO ialah mengelak dari mengeluarkan perkataan kasar sehingga boleh menimbulkan rasa tidak selesa parti lawan.

Kenyataan Singapura maju kerana tiada UMNO gurauan kurang cerdik - Pemuda UMNO Kelantan
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata sindiran Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah itu satu pernyataan yang tiada asas, hanyalah modal retorik.