KUALA TERENGGANU: Garis panduan pemakaian sukan patuh syariah melibatkan atlet sukan negeri tidak dapat dikuat kuasa sepenuhnya susulan terikat dengan peraturan sukan antarabangsa.
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Karim menyatakan kerajaan negeri sebelum ini telah memperkenalkan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri pada Mac 2020 yang mengandungi etika serta standard pakaian melibatkan atlet dan jurulatih muslim.
Bagaimanapun, beliau berkata, konsep patuh syariah berkenaan terpaksa diubah suai kepada pendekatan mesra syariah yang lebih berhemah selain bersifat mendidik.
"Buat masa ini kita membuat penetapan dasar atlet patuh syariah tetapi dibaiki sedikit. Patuh syariah itu tak boleh patuh syariah sepenuhnya.
"Jadi kita telah bawa pendekatan mesra syariah sebagai langkah mula untuk lakukan proses perubahan.
"Proses ini perlu kepada proses di mana kita didik kesedaran kepada semua atlet. Ia lebih pada proses pendidikan, beri tempoh dan kesesuaian dengan pendekatan kita terokai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di sini pada Rabu.
Mengambil contoh sukan berbasikal, Hishamuddin menyatakan pematuhan syariah melibatkan sukan itu agak sukar susulan ia bergantung pada isu keselamatan dan undang-undang ditetapkan.
"Kalau masuk perlumbaan, ia bergantung pada undang-undang Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), maka tidak semudah ia (patuh syariah) terus diguna pakai. Jadi kita sesuaikan (peraturan) mengikut keadaan dari masa ke masa," ujarnya.
Mengulas lanjut, Hishamuddin menjelaskan, bagi membuktikan kesungguhan kerajaan ke arah pemakaian yang patuh syariah di kalangan atlet maka pihaknya telah melibatkan mufti dalam Jawatankuasa Pengurus Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang memantau secara langsung serta memberi nasihat berkaitan hal berkenaan.
Menurutnya, di peringkat MSNT sendiri, seorang kakitangan khusus iaitu pegawai agama ditempatkan yang berperanan sebagai jurulatih kerohanian untuk mengendalikan pelbagai aktiviti keagamaan untuk atlet.
Beliau menambah, kerajaan negeri akan menerapkan pendekatan mesra syariah di kalangan atlet muslim bagi mendidik golongan itu ke arah etika pemakaian yang mematuhi syariah.
Sementara itu, Hishamuddin berkata, kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai acara gimnastik wanita dan gimrama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 disebabkan masalah pakaian yang dilihat terlalu ketat selain menampakkan bentuk tubuh.
"Buat masa ini kita tak teruskan (sukan gimnastik). Kita tak berkompromi dalam perkara ini dan mana-mana pihak perlu hormati pendirian kita.
"Kita tak katakan bahawa benci sukan itu tetapi membiarkan atlet kita dalam keadaan macam itu, ia adalah tidak sesuai.
"Bagaimanapun, garis panduan tersebut hanya tertakluk kepada atlet Muslim manakala bukan Muslim tidak terikat dengan polisi kita," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 04 2023
Kerajaan Terengganu telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai acara gimnastik wanita dan gimrama pada Sukma 2024 disebabkan masalah pakaian yang dilihat terlalu ketat. - Gambar hiasan/ AFP Relax
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Pakaian sukan patuh syariah tak boleh dilaksana sepenuhnya - Exco
Pakaian sukan patuh syariah tak boleh dilaksana sepenuhnya - Exco