PETALING JAYA: Pakaian yang dipakai oleh kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, ketika mayatnya ditemukan di aliran anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai di sini telah diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata polis kini giat menjalankan siasatan bagi mengumpul maklumat dan mencari petunjuk baharu yang boleh membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak berusia enam tahun itu.
"Maklumat yang diperoleh polis pada masa ini sangat terhad dan kami sedang bekerja keras mengumpul maklumat yang boleh membantu siasatan selain menunggu keputusan analisis forensik daripada Jabatan Kimia," katanya ketika dihubungi Bernama.
Hussein berkata sehingga kini polis sudah merakam keterangan 20 individu termasuk ibu bapa mangsa dan lelaki yang menjumpai mayat Zayn Rayyan,pada Rabu lepas.
Selain itu, katanya polis juga mengambil maklumat dari rumah ke rumah di tiga daripada 18 blok kediaman yang ada di kawasan perumahan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata polis tidak dapat mendedahkan hasil keseluruhan laporan hasil bedah siasat Zayn Rayyan, 6, kepada umum kerana ia mungkin mengganggu siasatan.
Beliau berkata polis perlu menjaga kerahsiaan setiap maklumat yang diperoleh supaya satu siasatan yang telus dapat disiapkan.
"Namun apabila polis memperoleh maklumat yang boleh dikongsikan, sudah pasti Ketua Polis Selangor (Datuk Hussein Omar Khan) akan maklumkannya," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini.
Sebelum ini tular tangkap layar yang dimuat naik di laman TikTok memaparkan mengenai keadaan mayat Zayn Rayyan ketika ditemukan kumpulan penduduk yang membantu operasi mencarinya.
Kanak-kanak malang berkenaan yang dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai ditemukan maut dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya pada keesokannya, iaitu kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023

Hussein berkata polis kini giat menjalankan siasatan bagi mengumpul maklumat dan mencari petunjuk baharu yang boleh membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak berusia enam tahun itu. - Gambar fail/Bernama
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Polis mohon bantuan kesan ibu muda bersama bayi dilaporkan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang ibu muda bersama bayi perempuannya yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari rumah di Felda Sungai Kelamah di sini, awal pagi semalam.

Lelaki cedera dalam kejadian tembakan di Klang
Seorang lelaki cedera di punggung sebelah kiri dalam kejadian tembakan di sebuah restoran di Lebuh Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, di Klang pada 2.15 pagi, Jumaat lepas.

Polis tahan tiga lelaki, selesai 13 kes curi kabel
Polis percaya dapat menyelesaikan 13 kes kecurian kabel di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) susulan penangkapan tiga lelaki tempatan di Jalan Bukit Panchor.

Remaja cedera dipukul angkara telefon bimbit
Polis menahan tiga pelajar sekolah di sekitar bandar Raub semalam kerana disyaki terlibat memukul seorang remaja lelaki hingga cedera, Jumaat lepas.

Penemuan pergelangan tangan manusia: Gaduh rebut kawasan dadah dipercayai punca kejadian
Abang Zainal Abidin berkata pihaknya menerima laporan berkaitan pergaduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap tiga lelaki berusia 26 hingga 30 tahun itu pada 11.03 pagi.

Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.

Suspek kes pukul pekerja krematorium ditahan reman
Seorang lelaki direman tiga hari kerana disyaki terbabit dalam kes pukul seorang pekerja sebuah kremotarium di Batu Gantung, semalam.

Pakaian Zayn Rayyan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis
Pakaian yang dipakai oleh Zayn Rayyan, ketika mayatnya ditemukan di aliran anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai di sini telah diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Polis tahan lelaki keluar kenyataan sokong hubungan diplomatik dengan Israel
Mohd Shuhaily berkata memandangkan kes itu masih dalam siasatan, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi mengenainya.

Identiti wanita yang mayatnya ditemukan disimen dalam kolah masih belum dikenal pasti
Identiti wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan disimen di dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang, Ahad lepas masih belum dapat dikenal pasti.