Pakar bedah Malaysia mengetuai pasukan empat pakar bedah untuk membuang ketumbuhan yang mencacatkan wajah seoang budak lelaki Filipina berumur tujuh tahun di Monash Children's Hospital di sini.
Pakar bedah plastik Dr James Leong Chin Sek, anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan, berkata Jhonny Lameon mengalami ketumbuhan di wajah yang membesar menerusi saraf di tengkorak.
Pakar bedah berkenaan yang berkerja secara pro bono atau percuma, melakukan pembedahan selama lapan jam untuk membuang ketumbuhan itu dan membetulkan wajah Jhonny secara keseluruhan pada Mac.
"Saya menerima e-mel berserta gambar dan kisah Jhonny yang mengalami kecacatan teruk dan kami segera memutuskan untuk membantunya.
"Pasukan kami di Monash Health menggerakkan semua sumber kami untuk membawa Jhonny ke Melbourne", kata Dr Leong, 48, kepada Bernama, di sini.
Budak lelaki itu menjalani rawatan pemulihan di Monash Children's Hospital dan di ladang pemulihan Children First Foundation's di Kilmore, 40km utara Melbourne.
Dr Leong, alumni University of Melbourne, berkata kecacatan seumpama itu agak jarang berlaku, dengan kira-kira seorang dalam 10,000 bayi dilahirkan dengan kecacatan itu.
Beliau berkata kebanyakan kes seumpama itu sepatutnya dirawat pada peringkat awal iaitu selepas dikesan melalui pemeriksaan 'ultrasound'.
Tetapi dalam kes Jhonny, dia tinggal di kawasan amat miskin dan sudah hampir berumur tujuh tahun.
Dr Leong berkata disebabkan tiada kemudahan berhampiran rumah Jhonny, keluaranya tidak mampu mendapatkan rawatan intervensi di Filipina, pembedahan terpaksa dilakukan di Australia.
Jhonny telah dinilai oleh pasukan daripada Interplast, badan bukan berasaskan keuntungan yang dibantu Rotary dan Royal Australasian College of Surgeons yang melakukan lawatan ke Filipina.
Interplast kemudian menghubungi Dr Leong yang bersedia membantu kanak-kanak malang itu.
Jhonny telah buta sebelah mata akibat ketumbuhan itu.
"Keadaannya sudah pulih sekarang, yang amat bermakna bagi dirinya," kata Dr Leong.
Dr Leong telah membenarkan Jhonny, yang ditemani ibunya Chochi, untuk pulang ke kampung halamannya di Mindanao. Bapanya seorang nelayan dan dia mempunyai 10 beradik.
"Ada orang baharu dalam keluarga itu kerana semasa di Australia, Puan Lameon melahirkan anak diberi nama Jack pada Mac. Ini memang tidak dijangka dan benar-benar satu kejutan," katanya.
Pada majlis bersama-sama media, Chochi Lameon berkata: "Dr James melakukan kerja dengan amat baik membuat hidung Jhonny. Jutaan terima kasih kepada Dr James. Saya berasa amat gembira kami boleh pulang ke rumah sekarang," katanya.
Dr Leong membesar di beberapa negeri di Malaysia, kerana bapanya Leong Teng Boon merupakan kakitangan awam sebagai jurukur tanah.
Bernama
Sun Jul 13 2014

Jhonny Lameon mengalami ketumbuhan di wajah yang membesar menerusi saraf di tengkorak - Foto Bernama

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Pakar bedah anak M'sia ketuai pasukan Australia beri wajah baharu budak lelaki Filipina
Pakar bedah Malaysia mengetuai pasukan empat pakar bedah untuk membuang ketumbuhan yang mencacatkan wajah seoang budak lelaki Filipina berumur tujuh tahun.