Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Agnes Callamard, akan mengetuai inkuiri antarabangsa bagi kes pembunuhan wartawan kanan Jamal Khashoggi.
Callamard akan disertai oleh Baroness United Kingdom, Helena Kennedy, dan Professor Duarte Nuno Vieira, seorang pakar patologi forensik, kedua-duanya dari University of Coimbra, Portugal.
Menurut kenyataan PBB yang dikeluarkan pada Jumaat, inkuiri tersebut akan mengkaji dan menilai keadaan yang menyelubungi pembunuhan Khashoggi dari perspektif hak kemanusiaan.
Jamal, 59 tahun, warga Arab Saudi yang menetap di Amerika Syarikat, merupakan kolumnis The Washington Post yang terkenal lantang mengkritik pentadbiran Riyadh.
BACA: Gelak tawamu kekal dalam jiwaku - Tunang Khashoggi
Beliau hilang pada 2 Oktober 2018 selepas pergi ke konsulat Arab Saudi di Istanbul untuk mendapatkan dokumen bagi menikahi tunangnya dan kemudiannya disahkan mati dibunuh.
Pakar-pakar PBB itu akan menilai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan yang terlibat dalam tindak balas mereka terhadap kes pembunuhan itu, serta tahap dan sifat individu-individu yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan tersebut.
BACA: Rakaman audio detik pembunuhan Jamal Khashoggi didedahkan
Callamard akan melaporkan dapatannya kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) pada Jun nanti.
Beliau akan pergi ke Istanbul pada Isnin (28 Jan, 2019) untuk memulakan tugas menilai kes itu.
BACA: Imej terakhir Jamal Khashoggi disiar
Astro Awani
Sat Jan 26 2019
Agnes Callamard pada satu sidang media di San Salvador, El Salvador, 5 Feb, 2018. REUTERS
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Sekatan Israel ke atas UNRWA umpama jenayah terhadap bantuan kemanusiaan - Amnesty
Callamard menyeru masyarakat antarabangsa mengecam undang-undang Israel ini dan mendesak ia dibatalkan.
Perbicaraan ICJ terhadap kes genosid Israel beri harapan kepada Palestin - Amnesty International
Siasatan ICJ terhadap perbuatan Israel adalah langkah penting untuk melindungi nyawa rakyat Palestin, mengembalikan kepercayaan dan kredibiliti undang-undang antarabangsa.
Saudi didakwa godam telefon Jeff Bezos, PBB gesa siasatan
Pelapor khas PBB percaya bahawa Arab Saudi mempunyai agenda untuk mensasarkan Jeff Bezos yang merupakan pemilik akhbar The Washington Post.
Pakar hak asasi manusia PBB ketuai inkuiri kes bunuh Khashoggi
Callamard akan disertai oleh Baroness United Kingdom, Helena Kennedy, dan Professor Duarte Nuno Vieira, seorang pakar patologi forensik, kedua-duanya dari University of Coimbra, Portugal.