KUALA LUMPUR: Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar, Thomas Andrews, menyatakan penghargaannya terhadap usaha yang ditunjukkan kepimpinan Malaysia berhubung krisis di Myanmar.
Bercakap pada sidang media sempena lawatannya ke Malaysia, di sini Khamis, beliau menggesa negara-negara Asia Tenggara lain mengambil pendekatan sama bagi menangani malapetaka hak asasi manusia yang menimpa Myanmar.
Beliau berkata Malaysia telah menyuarakan fakta yang jelas bahawa selepas lebih setahun pemimpin ASEAN mencapai Konsensus Lima Perkara (5PC) mengenai Myanmar, tiada apa yang berubah malah lebih ramai orang terbunuh atau terpaksa meninggalkan negara itu.
Andrews berkata sudah terlalu banyak yang dikorbankan negara dan rakyat Myanmar atas sikap berpuas hati dan tidak berbuat apa-apa masyarakat antarabangsa, kerana itu kepimpinan yang ditunjukkan Malaysia memainkan peranan sangat penting.
"Menteri Luar (Datuk Seri) Saifuddin (Abdullah) telah memohon rakan-rakan ASEAN jagan tunggu lagi setahun - jangan hanya bercakap mengenai konsensus lima perkara tetapi mencipta dan melibatkan pelan tindakan untuk bergerak ke depan - pelan tindakan dengan jangka masa pelaksanaan.
"Malaysia bukan sahaja menyeru agar ASEAN terlibat dengan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar, ia telah mula melibatkan diri dengan Menteri Luar NUG Mar Aung," katanya.
Andrews yang juga bekas ahli Kongres Amerika Syarikat berada di sini dari 17 hingga 23 Jun bagi mengumpulkan maklumat tentang situasi hak asasi manusia di Myanmar dan untuk lebih memahami tindak balas Malaysia serta ASEAN terhadap krisis itu.
Sepanjang minggu ini, beliau telah bertemu dengan beberapa pegawai kerajaan Malaysia, Ahli Parlimen, pemimpin masyarakat awam dan individu daripada pelbagai komuniti Myanmar yang telah melarikan diri daripada keganasan dan penganiayaan tentera.
Malaysia adalah negara ASEAN pertama yang dikunjunginya.
Andrews berkata misinya di sini memberinya peluang untuk bertemu dengan ramai lelaki, wanita dan kanak-kanak yang melarikan diri dari Myanmar, termasuk mereka yang baru tiba di Malaysia.
"Mereka bercerita tentang apa yang mereka saksikan atau alami. Kisah-kisah ini, menunjukkan keganasan yang melanda di seluruh negara," katanya ketika berkongsi mengenai hasil peringkat awal laporannya.
Andrews berkata sejak rampasan kuasa tentera pada Feb 2021, lebih 2,000 orang awam telah terbunuh, lebih 14,000 ditahan manakala lebih satu juta hilang tempat tinggal atau melarikan diri.
Krisis itu juga menjerumuskan Myanmar ke kancah krisis ekonomi dan kemanusiaan yang mengancam nyawa dan kesejahteraan berjuta-juta penduduk.
Kumpulan bersenjata telah membunuh atau mencederakan sekurang-kurangnya 382 kanak-kanak, manakala lebih 1,400 ditahan dan sekurang-kurangnya 142 diseksa, katanya memetik laporannya mengenai kanak-kanak yang terjejas akibat rampasan kuasa tentera Junta yang diterbitkan baru-baru ini.
"Keadaan di Myanmar adalah malapetaka hak asasi manusia. Orang ramai yang melarikan diri dari Myanmar berusaha bermati-matian untuk lari dari serangan, penganiayaan dan penyeksaan. Mereka terdesak untuk selamatkan nyawa mereka dan keluarga mereka," katanya.
Beliau berkata mustahil untuk menangani isu berkaitan mereka yang mencari perlindungan di Malaysia dan negara lain di rantau ini tanpa menangani krisis di Myanmar dengan berkesan.
"Malaysia bukan sahaja mengakui hakikat ini, malah sudah siap sedia, diterjemahkan menerusi kata-kata dan tindakan Menteri Luar Malaysia, untuk cabar ASEAN kaji semula dasar sedia ada mengenai Myanmar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Thomas Andrews, menyatakan penghargaannya terhadap usaha yang ditunjukkan kepimpinan Malaysia berhubung krisis di Myanmar. - Foto Twitter
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.

Pakar PBB puji kepimpinan Malaysia berhubung krisis Myanmar, gesa negara ASEAN lain ambil pendekatan sama
Thomas Andrews menyatakan penghargaannya terhadap usaha yang ditunjukkan kepimpinan Malaysia berhubung krisis di Myanmar.