Pakatan Harapan bersedia dengan kemungkinan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibatalkan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata perkara itu bukan perkara baharu bagi pembangkang kerana situasi sama pernah dilalui DAP menjelang PRU13 pada 2013.
"Tidak ada masalah...Jika RoS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan) buat tindakan mengejut, Pakatan Harapan akan bersama-sama dalam menanganinya. Sebelum ini pun, mereka (RoS) buat masalah dengan DAP.
"...kami sentiasa bermesyuarat dan bersama-sama dalam apa juga keadaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di sini, hari ini.
Turut hadir Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Lee Chean Chung dan ADUN Teruntum Sim Chon Siang.
PPBM berhadapan kemungkinan pendaftarannya dibatalkan RoS kerana melakukan tiga kesalahan yang melanggar perlembagaan parti iaitu tidak mengadakan mesyuarat tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.
Ditanya jika beliau akan mengarahkan kepimpinan PPBM supaya segera menyelesaikan konflik dalaman mereka, Wan Azizah berkata beliau yakin dengan kepimpinan parti itu dalam membuat keputusan yang terbaik.
Pada PRU13, DAP berdepan kemungkinan logo 'Roket' tidak boleh digunakan dalam pilihan raya selepas pendaftaran parti itu mungkin terbatal ekoran kemelut berhubung pemegang jawatan yang dibentuk semasa pemilihan parti pada 15 Dis 2012.
Semasa itu, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP memaklumkan parti itu bercadang menggunakan logo PAS di Semenanjung dan simbol PKR di Sabah dan Sarawak, jika isu itu tidak diselesaikan sebelum pilihan raya tersebut.
Bagaimanapun, pada 18 April 2013, RoS mengesahkan bahawa DAP masih boleh menggunakan logo mereka memandangkan pendaftaran parti itu tidak terbatal kerana siasatan masih dijalankan berhubung kemelut dalaman parti itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2017
Wan Azizah berkata beliau yakin dengan kepimpinan PPBM dalam membuat keputusan yang terbaik bagi menyelesaikan konflik dalaman mereka. - Gambar fail
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
KPDN keluar notis kepada peniaga jual gulai kambing harga 'kayangan'
KPDN mengeluarkan notis bertulis kepada pemilik perniagaan yang tular di media sosial kerana disyaki menjual gulai kambing pada harga tidak munasabah.
Festival Sarkas Antarabangsa Monte Carlo ke-47 bermula
Artis sarkas dari seluruh dunia berkumpul setiap tahun di Monaco untuk meraih hadiah pada festival itu.
Pertunjukan tanglung Zigong rai warisan budaya
Pertunjukan tanglung antarabangsa Zigong ke-31 yang membuka tirainya sejak Jumaat lalu terus meriah dengan kehadiran pengunjung yang hadir dari pelbagai lokasi. Ia menampilkan karya-karya tanglung yang kreatif, menarik serta rekaan tanglung gergasi yang mempesonakan.
Wuhan usaha hapus label pandemik selepas lima tahun cetus wabak
Hospital Huoshenshan di Wuhan yang siap dibina hanya dalam tempoh beberapa hari selepas lonjakan kes COVID-19 pernah dianggap sebagai simbol perjuangan menentang virus yang mula merebak di bandar China itu.
WEF: Kesempatan promosi ASEAN, cari solusi depan AI
Persaingan geopolitik yang pesat, perubahan iklim dan kemajuan kecerdasan buatan (AI) memerlukan satu solusi komprehensif yang bakal memberi manfaat bersama.
Ketidaktentuan geopolitik, ekonomi global antara tumpuan
Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos bersedia membuka tirai dengan menghimpunkan para pemimpin negara dan ahli perniagaan bermula 20 hingga 24 Januari.
Aattam kembali 'bergema' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian, Aatam anjuran Indian Customer Business Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak pada Sabtu.
Bermula dengan 22 kumpulan yang menyertai pusingan awal, hanya enam daripada mereka berjaya melangkah ke pusingan akhir untuk mempertaruhkan kehebatan masing-masing.
Bermula dengan 22 kumpulan yang menyertai pusingan awal, hanya enam daripada mereka berjaya melangkah ke pusingan akhir untuk mempertaruhkan kehebatan masing-masing.
Anwar dijangka sentuh isu perdagangan, Palestin - Duta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyentuh isu-isu perdagangan, Timur Tengah dan krisis Rusia–Ukraine semasa lawatan ke Belgium bermula Ahad.
Henti label Hamas radikal, penderhaka
Henti melabel kumpulan Hamas sebagai satu badan pengganas, radikal atau penderhaka.
Pesuruhjaya Sukan ancam batal pendaftaran, MOM kemuka bantahan rasmi kepada Hannah
Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, dilaporkan mengancam untuk membatalkan pendaftaran MOM, baru-baru ini.
CIDB arah 15 tapak pembinaan tidak patuh SOP tutup operasi - Fadillah
Sejak PKP dilaksanakan pada 13 Jan lepas, CIDB telah menjalankan pemeriksaan ke atas 1,022 tapak pembinaan dan 1,007 didapati mematuhi SOP yang ditetapkan.
Agenda baiki negara antara tumpuan Perhimpunan Agung Bersatu - Setiausaha Agung
Perhimpunan agung kali kedua itu sudah pasti berbeza setelah Bersatu kini menjadi parti dalam kerajaan - bukan pembangkang seperti perhimpunan pertama tahun lepas.
Pakatan Harapan bersedia kemungkinan PPBM dibatalkan menjelang PRU
Beliau berkata perkara itu bukan perkara baharu bagi pembangkang kerana situasi sama pernah dilalui DAP menjelang PRU13 pada 2013.