KOTA KINABALU: Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang diumumkan semalam diharap akan dinaik taraf dengan langkah lebih berkesan bagi meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan terutamanya di kawasan luar bandar di negeri ini.
Rata-rata rakyat Sabah memberitahu pakej itu akan membolehkan antaranya kumpulan B40 serta kumpulan sasar kurang berkemampuan memiliki internet jalur lebar berkelajuan tinggi, namun ia tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.
Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan, berkata capaian internet di Sabah yang masih berada pada tahap belum memuaskan pada masa ini dikhuatiri boleh menjadi kekangan utama objektif pakej itu memberikan internet jalur lebar dengan harga murah kepada rakyat negeri ini.
Beliau berkata amat sukar untuk melihat kesan pakej itu kepada kehidupan golongan sasarnya di Sabah sekiranya golongan itu tidak dapat menikmati perkhidmatan itu dengan baik akibat kekangan perkhidmatan talian internet di negeri ini.
"Saya amat harap kerajaan akan dapat menambah baik pemasangan internet dengan lebih banyak menara dibangunkan di luar bandar supaya golongan sasar benar-benar dapat menikmati insentif daripada kerajaan ini," katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, dalam satu kenyataan semalam, mengumumkan pakej berkenaan yang disasarkan bagi membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas dengan harga lebih rendah.
Muhamad Lizan Mat Sittim, 30, yang juga seorang OKU, berkata pakej itu menjadi harapan golongan sasar seperti OKU menikmati kemudahan internet murah dan tidak ketinggalan dengan dunia alam siber kerana zaman sekarang lebih banyak menggunakan internet.
Bagi Affidah Othman, 43, seorang suri rumah, pula berpendapat pakej kelajuan sehingga 30Mbps itu diakui menjimatkan perbelanjaan bulanan sehingga RM20 apabila asalnya RM89 diturunkan kepada RM69, namun beliau masih mahu melihat apa yang dilakukan syarikat telekomunikas (telco) untuk menjayakan pakej itu.
"Telco perlu seiringan dengan komitmen kerajaan dalam isu ini, tidak bermakna jika kerajaan berusaha memperkenal pakej ini tetapi Telco masih menawarkan perkhidmatan di takuk lama, saya mahu tunggu dan lihat apa perancangan Telco selepas ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023
David Chan berkata, capaian internet di Sabah yang masih berada pada tahap belum memuaskan pada masa ini dikhuatiri boleh menjadi kekangan utama objektif pakej itu. - Gambar hiasan
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Rakyat perlu mohon untuk Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap - Fahmi
Rakyat yang ingin mendapatkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap perlu membuat permohonan kepada syarikat penyedia perkhidmatan kerana ia tidak dilaksanakan secara automatik.
Pakej internet RM69: Kaji semula kontrak 24 bulan - MCCA
Kontrak 24 bulan dalam Pakej Perpaduan beri bayangan negatif, tanggapan kapitalisma.
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dilancar, sasar B40, pesara dan warga emas
Inisiatif Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had dengan harga hanya RM69 sebulan dilancar.
Maxis sokong perkhidmatan jalur lebar mampu milik untuk kumpulan sasar
Maxis Bhd mengulangi komitmennya untuk memainkan peranan penting dalam menyokong agenda kerajaan untuk menjadikan kesalinghubungan sebagai perkhidmatan utiliti asas dan boleh diakses oleh semua pihak.
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap berbaloi, ringankan beban golongan sasar
Perkhidmatan itu disediakan dengan kelajuan 30 Mbps bersama data tanpa had hanya RM69 sebulan serta kontrak langganan selama 24 bulan.
Pakej jalur lebar RM69 inisiatif terbaik turunkan kos sara hidup
Pakej itu dilihat berpatutan dan memberi peluang kepada golongan rentan yang mahu melanggan pakej Internet pada harga lebih murah.
Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.