ISLAMABAD: Pakistan membuka semula lintasan sempadan utama dengan negara jiran Afghanistan kepada semua jenis lalu lintas pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Sempadan Torkham yang menghubungkan wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut Pakistan dan wilayah Nangarhar timur Afghanistan ditutup secara unilateral (sepihak) oleh pentadbiran sementara Taliban minggu lepas.
Bagaimanapun, pentadbiran Afghanistan membukanya semula pada Khamis tetapi pihak berkuasa Pakistan enggan berbuat demikian, kata seorang pegawai tempatan ketika dihubungi Agensi Anadolu.
"Petang tadi, kami membuka sempadan buat sementara waktu untuk warga Pakistan yang terperangkap di sebelah Afghanistan.
"Kami akhirnya membuka semula sepenuhnya sempadan untuk perdagangan, transit dan pejalan kaki dari kedua-dua belah pihak pagi ini," katanya.
Ahad lepas, Kabul menutup secara unilateral lintasan sempadan itu susulan kejadian tembak-menambah antara kedua-dua pasukan sempadan pada Isnin.
Perkembangan terbaharu itu berlaku tiga hari selepas Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Asif bertemu pemangku Timbalan Perdana Menteri Afghanistan Mullah Abdul Ghani Baradar dan pemangku Menteri Pertahanan Mullah Mohammad Yaqoob di Kabul pada Rabu.
Pakistan dan Afghanistan berkongsi 18 lintasan sempadan termasuk yang paling sibuk iaitu di Torkham dan Chaman yang menghubungkan wilayah Balochistan di barat daya Pakistan dan wilayah Kandahar di selatan Afghanistan.
Pertempuran antara kedua-dua tentera di sempadan sudah lama berlaku walaupun selepas Taliban menawan semula Afghanistan pada Ogos 2021.
Disember lepas sekurang-kurangnya enam orang awam Pakistan terbunuh dalam satu pertempuran sengit di sepanjang sempadan Chaman.
Selain aktiviti perdagangan, ribuan orang yang kebanyakannya warga Afghanistan menyeberang di kedua-dua lintasan itu setiap hari untuk tujuan perubatan dan buruh.
Kedua-dua jiran itu berkongsi sempadan sepanjang hampir 2,670 kilometer.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
![Pakistan buka semua lintasan sempadan utama dengan Afghanistan Pakistan buka semua lintasan sempadan utama dengan Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676973097_PAKISTAN.jpg)
Lori yang dipenuhi barangan perdagangan untuk dibawa masuk ke Afghanistan dilihat di Torkham. - Foto REUTERS
PM puji kejayaan Turkish Airlines, seru Malaysia ikut jejak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas keyakinan dan kepercayaan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk terus mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISGA).
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
![Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739258841_RecepTayyipErdoan.jpg)
Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini menyaksikan pertukaran 11 perjanjian persefahaman (MoU) di antara dua negara.
Filem 'Abang Adik' terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa, pencalonan festival dan tayangan global terbanyak.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Pembubaran DOJ tidak jejas proses pemulihan aset
Pembubaran DOJ tidak menjejaskan usaha berterusan Malaysia dalam pemulihan aset 1MDB.
![FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739251240_JohnFKennedy.jpg)
FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy
BIRO Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan ribuan dokumen yang sebelum ini tidak pernah didedahkan berkaitan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy (JFK).
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata.
Malaysia-Turkiye sasar lonjakan perdagangan melebihi AS$5 hingga AS$10 bilion – PM Anwar
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mencadangkan penambahan nilai perdagangan dan pelaburan melebihi AS$5 ke AS$10 bilion.
Jelasnya tiada sebab mengapa kedua-dua negara tidak boleh meningkatkan manfaat perdagangan dalam pelbagai bidang seperti semikonduktor, agrikomoditi, elektrik dan elektronik serta pertahanan.
Jelasnya tiada sebab mengapa kedua-dua negara tidak boleh meningkatkan manfaat perdagangan dalam pelbagai bidang seperti semikonduktor, agrikomoditi, elektrik dan elektronik serta pertahanan.
AWANI Ringkas: Pemulihan aset 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739256133_SPRM.jpg)
SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu
Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.
![Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739252440_pemilikmanchesteru.jpg)
Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.
![Malaysia sasar jadikan Pakistan hab minyak sawit serantau bagi Asia Tengah - MPOB Malaysia sasar jadikan Pakistan hab minyak sawit serantau bagi Asia Tengah - MPOB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736813861_JohariAbdulGhani.jpg)
Malaysia sasar jadikan Pakistan hab minyak sawit serantau bagi Asia Tengah - MPOB
Ia sejajar dengan peningkatan permintaan dalam sektor makanan Pakistan, sekali gus memberi peluang besar bagi produk minyak sawit Malaysia.
![Seorang pekerja maut, 11 terperangkap dalam lombong arang batu runtuh di Pakistan Seorang pekerja maut, 11 terperangkap dalam lombong arang batu runtuh di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736543790_PakistanCoalMineC.jpg)
Seorang pekerja maut, 11 terperangkap dalam lombong arang batu runtuh di Pakistan
Letupan itu berlaku ketika lebih 12 pekerja sedang menggali arang batu di kawasan Sanjidi, Quetta, ibu kota Balochistan.
![Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, hadiri PEOC Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, hadiri PEOC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736462435_tbFGVHBMPOBJohar.jpg)
Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, hadiri PEOC
Menteri Perladangan dan Komoditi akan memulakan lawatan rasmi ke Pakistan hari ini untuk merasmikan Persidangan Minyak Makan Pakistan (PEOC) di Karachi.
![Beras putih import: BERNAS beri respon kenyataan Syed Abu Hussin Beras putih import: BERNAS beri respon kenyataan Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659750554_BERNAS.jpg)
Beras putih import: BERNAS beri respon kenyataan Syed Abu Hussin
BERNAS berkata Pakistan adalah salah satu negara utama pembekal beras import kepada BERNAS sejak sekian lama.
![Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735747863_TBBERAS.jpg)
Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.
![Bekas PM India Manmohan Singh promosi keamanan serantau, kata Pakistan Bekas PM India Manmohan Singh promosi keamanan serantau, kata Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735357645_TBManmohanSingh.jpg)
Bekas PM India Manmohan Singh promosi keamanan serantau, kata Pakistan
Singh dipuji kerana membuka ekonomi India pada 1991 ketika memegang jawatan Menteri Kewangan semasa krisis pertukaran asing.
![Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735168749_PakistanArmy.jpg)
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
![Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717387343_Airplane.jpg)
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
![Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733674531_Pesawatkargokhas.jpg)
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
![Pakistan zahir hasrat hantar sumbangan banjir kepada Malaysia - PM Pakistan zahir hasrat hantar sumbangan banjir kepada Malaysia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733010355_Banjir.jpg)
Pakistan zahir hasrat hantar sumbangan banjir kepada Malaysia - PM
Menerusi perbualan telefon mereka petang Sabtu, Shehbaz turut menyatakan simpati kepada Malaysia susulan musibah tersebut.