KUALA LUMPUR: Sebelum ini, terdapat beberapa aduan mendakwa pekerja dikompaun kerana datang bekerja sedangkan ia adalah arahan majikan.
Peka dengan aduan tersebut, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, hanya majikan akan didakwa selepas ini sekiranya mereka didapati ‘memaksa’ pekerja untuk datang meskipun ada arahan Bekerja Dari Rumah.
Tegasnya, pekerja berkenaan 'tiada pilihan' selain mendengar arahan majikan kerana bimbang mungkin kehilangan pekerjaan jika ingkar.
BACA: Syarikat, premis tidak patuh arahan kerja dari rumah boleh dikompaun
“Kalau majikan yang paksa pekerja, majikan yang perlu akan dikenakan tindakan. Pekerja tidak ada pilihan. Kadangkala diberi arahan kepada pekerja, 'kalau anda tak datang, majikan pecat anda'.
“Atau kalau tak datang kerja, majikan boleh tak bayar gaji... itu sebagai contoh, paksaan kepada pekerja yang akhirnya sebabkan pekerja tiada pilihan, jadi mereka bekerja.
Begitupun, saya difahamkan ada kes-kes yang telah diambil tindakan di mana pekerjanya lebih 60 peratus. Sudah ada tindakan dibuat,” katanya.
BACA: Langgar SOP: Pemilik kilang plastik, pekerja dikompaun
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memantau sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Ampang, di sini pada Sabtu.
Baru-baru ini, tular dakwaan beberapa pekerja dikompaun ketika sedang bertugas sedangkan mereka datang bekerja atas arahan majikan.
Situasi itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat yang berpendapat sepatutnya majikan yang dikompaun, bukan pekerja.
Keadaan itu turut mendapat respons daripada Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani yang berkata, majikan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas pelanggaran SOP dilakukan pihak mereka.
“Jika majikan melanggar SOP seperti waktu beroperasi lebih masa dan lebih kapasiti individu yang bekerja dalam satu premis seperti yang berlaku baru-baru ini, dalam hal itu pekerja tiada kawalan terhadap arahan yang ditetapkan pengurusan.
“Pekerja hanya menjalankan kerja mereka mengikut arahan majikan demi kelangsungan hidup, pekerjaan dan pendapatan mereka,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Ridauddin Daud
Sat Jun 05 2021
Menurut Ismail Sabri, majikan akan didakwa selepas ini sekiranya mereka didapati memaksa pekerja untuk datang meskipun ada arahan Bekerja Dari Rumah. - Gambar fail
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
Perdana Menteri, Presiden UMNO sehaluan hadapi PRU15 - Hishammuddin
Hishammuddin turut memberi bayangan akan kekal bertanding dan mempertahankan kerusi di Parlimen Sembrong yang dimenanginya sejak 2004.
Tender perolehan meriam SPH belum ditawarkan - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, proses perbincangan aset perolehan melibatkan peruntukan RM854 juta itu masih berjalan antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Kepetahan bertanya pelajar SK Kementah raih pujian Hishammuddin, netizen
Kepetahan pelajar Sekolah Kebangsaan Kementah, Adik Roland menarik perhatian netizen yang memuji keberaniannya menemubual Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, semalam.
Penyerahan LCS pertama masih dalam garis masa yang sama - Hishammuddin
Penyerahan kapal tempur pesisir (LCS) pertama kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masih kekal dalam garis masa seperti yang diumumkan sebelum ini dan tidak berubah.
LTAT pastikan proses telus pelaksanaan projek LCS
Terdapat dua peristiwa dan keputusan penting yang berlaku dalam tempoh dua minggu lalu yang memberi momentum positif kepada projek LCS.
Pencarum LTAT dibenarkan lakukan pengeluaran khas untuk ringankan beban - Hishammuddin
Ujar Ahli Parlimen Sembrong itu, jumlah maksimum pengeluaran ditawarkan adalah RM500 secara 'one off'.
Perolehan tiga helikopter AW139 perkukuh keselamatan perairan negara
Dua daripada tiga helikopter itu telah diterima dan diserahkan hari ini manakala sebuah lagi dijangka tiba pada September depan.
Malaysia dan Arab Saudi jalin kerjasama industri pertahanan - Hishammuddin
Malaysia dan kerajaan Arab Saudi akan terus menjalinkan kerjasama erat dalam pelbagai sudut terutama ekonomi dan ketenteraan.
Tuntutan veteran ATM bukan hanya libatkan Kementerian Pertahanan - Hishammuddin
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berjanji akan meneruskan agenda membela veteran ATM dan tuntutan mereka akan diberi perhatian sewajarnya.
Pameran LIMA kembali Mei depan - Hishammuddin
Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LlMA) akan dianjurkan pada 23 Mei hingga 27 Mei tahun depan di Pulau Langkawi.