PELABUHAN KLANG: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bersedia menawarkan bantuan kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) berhubung insiden palam pintu pesawat Alaska Airlines yang tercabut dan tertera tulisan tangan 'Made In Malaysia'.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata CAAM telah menghubungi FAA Asia-Pasifik di Singapura selepas pengesahan palam pintu tersebut dibuat di Malaysia oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS, semalam.
"Kami (CAAM) telah secara proakitf menghubungi pejabat FAA untuk menawarkan bantuan susulan laporan bahawa palam pintu itu disahkan dibuat di Malaysia. Setakat ini, mereka (FAA) berkata mereka akan hubungi kita jika memerlukan bantuan.
"Walaupun palam pintu itu dibuat di Malaysia, ia adalah komponen yang berada di bawah kelulusan FAA...dari segi kelulusan produk ia di bawah FAA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelabuhan pelayaran antarabangsa pertama negara, Costa Serena di Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang (PKTC) di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan NSTB AS mengesahkan palam pintu Boeing BA 737 MAX 9 yang tercabut ketika penerbangan pesawat Alaska Airlines awal bulan ini dikilangkan di Malaysia.
"Apabila pelabuhan pelayaran antarabangsa pertama negara ini berjaya direalisasikan di Pelabuhan Klang, ia akan menjangkau rangsangan kepada sektor pelancongan dan ekonomi Malaysia," katanya.
Beliau berkata kapal persiaran tersebut turut mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi beberapa restoran di dalam kapal tersebut.
"Mereka tawarkan lebih kepada mesra Muslim iaitu apabila ada pelancong Muslim, mereka ada pilihan restoran halal. Kebanyakkan kapal persiaran antarabangsa mereka tidak ada restoran halal, ia menyukarkan pelancong beragama Islam.
"Jadi apa yang mereka buat untuk restoran ini adalah ada beberapa restoran terpilih yang mendapat pensijilan halal supaya mereka boleh tawarkan makanan halal kepada pengunjung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS telah membuat pengesahan palam pintu tersebut dibuat di Malaysia. - Gambar/ Reuters

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

MOT bentang permohonan projek KXP kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat
MOT akan membentangkan memorandum permohonan lesen aerodrom bagi projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk keputusan selanjutnya.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Parlimen: Tiga syarikat alternatif Puspakom bukan 'syarikat RM2' - Loke
Beliau berkata syarikat itu merupakan syarikat bertujuan khas (SPV) yang ditubuhkan untuk memasuki permohonan PPKM.

Pelabuhan Klang sasar kendali 15 juta TEU kontena pada 2025 - Loke
Loke berkata ini disokong oleh pertumbuhan positif ekonomi domestik, pembangunan projek-projek infrastruktur dan pertumbuhan kargo menerusi sektor pembuatan dan logistik.

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.

Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom
MOT lantik tiga syarikat baharu untuk melaksana pemeriksaan kenderaan, menamatkan monopoli Puspakom. Pelantikan ini diyakini dapat meningkatkan daya saing dan mudahkan pengguna.

Parlimen: MOT umum syarikat baharu pusat pemeriksaan kenderaan motor esok - Loke
Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang akan diberi kelulusan untuk membuka Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) yang baharu esok.

MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.