PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar memohon kerjasama semua pihak berkuasa agama negeri di seluruh negara untuk menjalankan kutipan hari Jumaat, Tabung Musa'adah bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena pelancaran tabung berkenaan yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Mohd Na'im berkata kutipan tersebut boleh dilakukan mulai hari ini sehingga 30 November ini.
"Atas dasar kemanusiaan sejagat, maka saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menggerakkan tindakan serta-merta bagi membantu mangsa yang terlibat melalui solat hajat yang diadakan hari ini dan sumbangan berbentuk kewangan," katanya.
Beliau sebelum itu hadir pada majlis pelancaran tabung berkenaan yang diadakan di Masjid Mahmoodiah, Presint 18 di sini.
Mohd Na'im berkata hasil kutipan tersebut akan disalurkan ke Tabung Musa'adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-Yayasan Wakaf Malaysia (JAKIM-YWM) melalui akaun bank CIMB Islamic Bank Berhad 86-0221818-6, untuk penyelarasan dan agihan kepada pihak yang akan diberi tanggungjawab menyampaikan sumbangan secara terus kepada mangsa.
"Semoga usaha yang kita lakukan ini menjadi asbab kepada wujudnya perpaduan erat antara rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa untuk bersama-sama membantu rakyat Palestin," katanya.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2023

Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kutipan tersebut boleh dilakukan mulai hari ini sehingga 30 November ini. - Astro AWANI/Shahir Omar

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.

Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Malaysia, Mesir senada tolak usaha 'halau' rakyat Palestin dari bumi Gaza
Malaysia dan Mesir senada dalam pendirian menolak usaha "menghalau" rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.

Malaysia kekal konsisten pertahan hak Palestin - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan juga kekal teguh dengan hak Palestin dan rakyatnya untuk membangunkan semula negara itu secara bebas.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin, seru penyelesaian damai
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.

Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".