Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menyerahkan pampasan insurans berjumlah RM50,000 kepada keluarga Allahyarham Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari yang meninggal dunia akibat penyakit akut gunung (AMS) ketika dalam perjalanan ke Everest Base Camp pada 3 Jun lalu.
Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat berkata walaupun Mohammad Shahrulnizam merupakan penolong jurutera kontrak PPj, Allahyarham layak mendapat pampasan insurans seperti pekerja tetap perbadanan itu.
"Kita akan cuba usahakan. Saya fikir ini tidak menjadi masalah. Walaupun beliau pegawai kontrak, apa juga faedah yang diterima pekerja tetap beliau juga layak, kecuali tiada pencen," katanya pemberita selepas majlis makan malam sempena pelayaran pertama Cruise Tasik mengelilingi Pusat Pentadbiran Persekutuan di sini Isnin malam.
Aseh berkata PPj juga akan melakukan kutipan dalam kalangan warga kerjanya bagi menghulur sumbangan segera kepada keluarga Allahyarham.
Mohammad Shahrulnizam, 25, meninggal dunia akibat AMS ketika di Labuche dalam perjalanan ke Everest Base Camp dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Belah, Klang, Khamis lepas.
Ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base yang bermula 27 Mei itu disertai 14 pendaki (11 lelaki dan tiga wanita) yang mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPj.
Pastikan anda tidak terlepas berita terkini. Muat turun aplikasi percuma Astro AWANI di App Store dan Google Play.
Bernama
Tue Jun 11 2013

AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Pampasan insurans RM50,000 untuk keluarga Mohammad Shahrulnizam
Perbadanan Putrajaya akan menyerahkan pampasan insurans berjumlah RM50,000 kepada keluarga Allahyarham Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari.