KUALA LUMPUR: Pemain sayap sensasi negara, Mohamad Faisal Abdul Halim yang mengumpul tiga gol setakat ini mendedahkan beliau dicabar untuk merebut gelaran penjaring terbanyak saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.
Pemain baharu Selangor FC berusia 24 tahun itu berkata cabaran tersebut diberikan Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon yang menaruh harapan tinggi untuk beliau merangkul gelaran itu.
"Sebenarnya itu (muncul penjaring terbanyak) tanggungjawab yang besar tapi saya ambil cabaran tersebut sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya.
"Saya sahut cabaran Kim Pan Gon itu...saya tengok riak wajahnya memang beliau betul-betul nak saya jadi penjaring terbanyak," katanya ketika ditemui selepas kemenangan besar 5-0 Malaysia ke atas Laos pada perlawanan kedua Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, di Bukit Jalil, malam tadi.
Menurut Mohamad Faisal cabaran itu secara tidak langsung mempengaruhi prestasinya selepas beliau meledak jaringan kemenangan ketika Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 pada aksi pembukaan kumpulan di Yangon, Rabu lepas, diikuti dua gol lagi menerusi tandukan semasa berdepan Laos.
Bagaimanapun, beliau berkata muncul penjaring terbanyak bukan perkara terpenting menjelang dua aksi terakhir kumpulan menentang Vietnam di Hanoi, Selasa ini dan Singapura di sini pada 3 Jan, yang bakal menjadi penentu dalam perebutan dua slot teratas untuk ke peringkat separuh akhir.
"Yang penting saya nak pasukan ke final. Itu matlamat paling utama, saya dapat gelaran penjaring terbanyak atau pun tidak, atau saya berjaya jaringkan gol selepas ini atau pun tidak, itu tidak penting.
"Saya tidak jaringkan gol tak mengapa janji pasukan menang dan kita layak ke separuh akhir, seterusnya final," katanya yang mendapat kepercayaan Pan Gon menjadi antara tiga ketua pasukan negara selain Muhammad Safawi Rasid dan Brendan Gan pada kempen kejohanan kali ini.
Mohamad Faisal dan penyerang Filipina, Kenshiro Daniels kini mendahului carta penjaring terbanyak apabila masing-masing mengumpul tiga gol selepas dua perlawanan.
Sebagai rekod, bekas ketua pasukan negara Safiq Rahim ialah pemain Malaysia terakhir merangkul gelaran penjaring terbanyak Piala AFF selepas mengumpul keseluruhan enam gol pada edisi 2014.
Selepas dua perlawanan, Malaysia mendahului saingan kumpulan dengan mengumpul enam mata, Vietnam dan Singapura yang baru beraksi sekali masing-masing berkongsi tiga mata di posisi kedua dan ketiga, manakala Myanmar dan Laos di kedudukan dua tercorot tanpa mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2022
Mohamad Faisal berkata cabaran tersebut diberikan Pan Gon yang menaruh harapan tinggi untuk beliau merangkul gelaran itu. - Bernama
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
Piala Malaysia: Sri Pahang lolos ke suku akhir, tewaskan Selangor 2-1
Sri Pahang FC berjaya ke suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan agregat 3-2 selepas menewaskan Selangor FC 2-1, malam tadi.
Faisal Halim teruja kembali beraksi di padang
Pemain sayap Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim teruja apabila dapat kembali beraksi di atas padang buat kali pertama.
'Kalau menang semua bagus, bila kalah macam-macam kritikan' - Faisal Halim
Mohamad Faisal tidak mahu memikirkan kritikan yang dilemparkan Selepas persembahan kurang memuaskan dipamerkan di pentas Piala Asia Qatar 2023.
Faisal 'kesal' lepas peluang jaring gol lawan Bahrain
Faisal akui terlepas satu peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama yang mungkin mampu mengubah keputusan akhir perlawanan.
Pan Gon tidak akan ketepikan Faisal
Pan Gon membayangkan akan membantu Faisal bagi memastikan dia berada dalam keadaan terbaik sebelum dua perlawanan persahabatan akan datang.
Mohamad Faisal tidak tertekan, terus fokus bantu Selangor raih kemenangan
Mickey masih mencari rentak yang sebenar selepas menyertai skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu pada Disember tahun lepas.
Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal
Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0.
Piala AFF: Perlu lebih mantap, 90 minit di Thailand bukan mudah - Faisal Halim
Thailand yang merupakan juara bertahan dan juara enam kali, berjaya mengawal 90 minit permainan di Bukit Jalil, namun terpaksa akur tewas di hadapan lebih 60,000 penyokong tuan rumah.
Faisal mahu terus jadi 'mesin gol' ketika bertemu Vietnam
Pemain sayap itu berazam melebarkan rekod jaringannya dan memastikan Malaysia meraih kemenangan.
'Pan Gon cabar saya muncul penjaring terbanyak Piala AFF' - Faisal Halim
Mohamad Faisal berkata cabaran tersebut diberikan Pan Gon yang menaruh harapan tinggi untuk beliau merangkul gelaran itu.