PETALING JAYA: Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon gembira dengan pemilihan pemain dan menyifatkannya sebagai pasukan terbaik setakat ini, bagi menghadapi saingan Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan.
Menurut Pan Gon, beliau sangat berpuas hati kerana berjaya mengumpulkan semua pemain yang dimahukan kerana skuad Harimau Malaya akan berdepan tugas berat pada kejohanan berprestij yang dijadualkan pada 12 Jan hingga 10 Feb.
Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu mengakui beliau sedikit terkilan kerana mereka tidak dapat menggunakan khidmat tiga pemain pertahanan - Sharul Nazeem Zulpakar, Azam Azmi Murad dan Muhamad Feroz Baharudin.
"Saya sangat gembira kerana semua pilihan saya dapat, kecuali dua pemain Khairul Nazeem dan Azam Azmi kerana kecederaan, jadi kami tidak boleh pilih, Feroz juga kami cuba dapatkan tetapi dia ada perancangan untuk berkahwin.
"Ia adalah skuad terbaik setakat ini, saya gembira dengan pemilihan ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada hari pertama kem latihan pusat di Wisma FAM Kelana Jaya, di sini pada Selasa.
Pan Gon berkata, skuad Harimau Malaya kali ini lebih seimbang dengan gandingan pemain muda, senior dan beberapa pemain berpengalaman.
Beliau berkata, keputusan menyenaraikan beberapa pemain berpengalaman termasuk Paulo Josue, 34, Brendan Gan, 35, dan Natxo Insa, 37, untuk memastikan pasukan lebih seimbang di bahagian pertahanan dan serangan, pada masa sama dapat membimbing pemain muda dalam perlawanan berprofil tinggi.
"Diharapkan pemain berpengalaman ini dapat menggunakan pengalaman mereka untuk memberikan tunjuk ajar dan membimbing pemain muda, supaya lebih tenang dan yakin. Kita belajar sesuatu daripada kejohanan lepas iaitu kita tidak seharusnya terlalu yakin," katanya.
Sementara itu, Pan Gon berkata, sebanyak 24 pemain melaporkan diri pada hari pertama kem latihan pusat di sini.
Beliau berkata, Dion Cools akan menyertai pasukan itu pada awal Januari kerana masih mempunyai komitmen bersama kelabnya Buriram United manakala Endrick Dos Santos pula mempunyai urusan keluarga dan akan bersama pasukan dalam masa terdekat.
Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piasa Asia secara merit, akan menentang Jordan dalam aksi pembukaan Kumpulan E pada 15 Jan, diikuti Bahrain (20 Jan) dan juara dua kali yang juga pasukan pilihan Korea Selatan pada 25 Jan.
Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Doha pada 1 Jan dan akan menentang Syria dalam perlawanan persahabatan tertutup pada 8 Jan. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023
![Pan Gon gembira dapat skuad idaman Pan Gon gembira dapat skuad idaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703602195_KimPanGon.jpg)
Pan Gon berkata, skuad Harimau Malaya kali ini lebih seimbang dengan gandingan pemain muda, senior dan beberapa pemain berpengalaman. - Gambar Bernama
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Penyertaan pemain warisan tidak tutup peluang pemain muda sertai Harimau Malaya Penyertaan pemain warisan tidak tutup peluang pemain muda sertai Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736691248_SafawiRasid.jpg)
Penyertaan pemain warisan tidak tutup peluang pemain muda sertai Harimau Malaya
Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid percaya penyertaan lebih ramai pemain warisan tidak akan menutup impian pemain muda untuk menyarung jersi skuad kebangsaan pada masa depan.
![Piala AMEC: Pengendali Indonesia diingatkan tak merungut pasal jadual Piala AMEC: Pengendali Indonesia diingatkan tak merungut pasal jadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734582451_indonesiatimnasp.jpg)
Piala AMEC: Pengendali Indonesia diingatkan tak merungut pasal jadual
Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, ditegur agar tidak menjadikan penjadualan Piala AMEC sebagai satu beban.
![SUKMA: Pelajar Tingkatan Empat antara pemain barisi ragbi wanita Sabah SUKMA: Pelajar Tingkatan Empat antara pemain barisi ragbi wanita Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723170781_SANDAKAN.jpg)
SUKMA: Pelajar Tingkatan Empat antara pemain barisi ragbi wanita Sabah
Meskipun dibarisi pemain muda, pihaknya percaya pasukan ini mampu mencapai sasaran untuk naik ke atas podium bagi acara di Miri itu.
![Piala FA: Pemain muda sekali lagi serlah kemampuan bawa Liverpool ke suku akhir Piala FA: Pemain muda sekali lagi serlah kemampuan bawa Liverpool ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709172684_TBBritainSoccer.jpg)
Piala FA: Pemain muda sekali lagi serlah kemampuan bawa Liverpool ke suku akhir
Kemenangan itu hanya tiga hari selepas menjuarai Piala Carabao ke atas Chelsea.
![Terbuka Malaysia: Singkir awal kali ketiga hantui Zii Jia Terbuka Malaysia: Singkir awal kali ketiga hantui Zii Jia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692198914_TBLeeZiiJia.jpg)
Terbuka Malaysia: Singkir awal kali ketiga hantui Zii Jia
Zii Jia 'tersungkur awal' selepas tewas 21-16, 19-21, 15-21 kepada pemain China, Lu Guang Zu, pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024 di Arena Axiata, di sini hari ini.
![Pan Gon gembira dapat skuad idaman Pan Gon gembira dapat skuad idaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703602195_KimPanGon.jpg)
Pan Gon gembira dapat skuad idaman
Skuad Harimau Malaya kali ini lebih seimbang dengan gandingan pemain muda, senior dan beberapa pemain berpengalaman.
![Tawaran riyal Arab Saudi tidak sisih pemain muda Tawaran riyal Arab Saudi tidak sisih pemain muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692957760_Tawaranriyal.jpg)
Tawaran riyal Arab Saudi tidak sisih pemain muda
Berapa ramai lagikah pemain berstatus bintang dari Eropah yang bakal dikebas oleh Liga Profesional Arab Saudi selepas ini?
![Ainaa, Aira rebut gelaran sulung kebangsaan Ainaa, Aira rebut gelaran sulung kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691252113_AinaaAira.jpg)
Ainaa, Aira rebut gelaran sulung kebangsaan
Selepas ketinggalan dua set, Aina, 21, mencipta kejutan apabila bangkit untuk menyingkirkan pilihan pertama Rachel Arnold.
![Jess bangga skuad skuasy muda raih perak di India Jess bangga skuad skuasy muda raih perak di India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687127275_TBskuasy.jpg)
Jess bangga skuad skuasy muda raih perak di India
Skuad negara yang dibarisi pemain muda, sedikit pun tidak menunjukkan kegoyahan menentang pasukan pilihan pertama Mesir, pada aksi final.
![Sukan SEA Hanoi: Boling raih pingat perak acara berpasukan lelaki, wanita Sukan SEA Hanoi: Boling raih pingat perak acara berpasukan lelaki, wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652974696_BolingSukanSEA.jpg)
Sukan SEA Hanoi: Boling raih pingat perak acara berpasukan lelaki, wanita
Skuad boling lelaki dan wanita negara masing-masing meraih pingat perak acara berpasukan di Sukan SEA Hanoi, hari ini.