PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon turut mengambil langkah berjaga-jaga susulan insiden serangan membabitkan beberapa pemain skuad kebangsaan yang berlaku ketika ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Pan-gon memahami situasi yang berlaku selain badan induk itu juga akan mengambil langkah keselamatan sewajarnya terutama pada kem latihan pusat pada Jun.
"Dia memahami apa yang sedang berlaku dan dia pun ambil langkah jaga-jaga.
"Seperti kem latihan kebangsaan pada Jun ini, kita lebih berhati-hati terutama dari segi keselamatan di dalam dan luar negara," katanya.
Sebelum ini, dua pemain kebangsaan iaitu Akhyar Rashid telah disamun dalam satu kejadian di kediamannya di Kuala Terengganu pada Khamis lalu manakala Faisal Halim pula telah disimbah asid dua hari kemudian di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.
Selain itu, bekas kapten kebangsaan, Safiq Rahim turut menjadi mangsa serangan apabila cermin belakang kereta miliknya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dalam kejadian pada malam Selasa.
Dalam pada itu, Hamidin menegaskan, skuad negara tidak akan menyerah diri dan tetap akan menghadapi baki dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada Jun di sebalik pelbagai insiden yang berlalu.
"Mana boleh kita menyerah diri dengan Kyrgyzstan, kita mesti lawanlah. Kenapa kita nak menyerah diri pula?
"Apa pun dengan usaha, peluang 50-50 dengan Kyrgyzstan. Saya pun dah cakap dengan Pan-gon dan dia tahu.
"Kita akan berusaha keras dan beliau telah mengenal pasti siapa nak menggantikan Faisal Halim nanti pada bulan Jun," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 09 2024

Kim Pan-gon turut mengambil langkah berjaga-jaga susulan insiden serangan membabitkan beberapa pemain skuad kebangsaan yang berlaku ketika ini. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

"Dia perlu kuat," kata jurulatih Selangor kepada Faisal Halim
Katsuhito Kinoshi menasihati Faisal harus menjadi lebih kuat daripada kebiasaannya bagi mendapatkan momentum terbaiknya kembali di atas padang.

Walaupun tak beraksi, Mickey peroleh semangat baharu
"Walaupun saya tak mampu bermain secara cergas lagi tetapi saya dapat beri satu semangat untuk rakan-rakan saya."

Pergerakan tangan kiri Faisal Halim belum pulih 100 peratus
Faisal kini dalam proses rawatan fisioterapi untuk memastikan pergerakan tangan kirinya yang melecur akibat simbahan asid dapat pulih 100 peratus.

Piala FA: Kehadiran Faisal Halim dalam bilik persalinan cetus emosi, inspirasi luar biasa pemain Selangor
"Dia datang 30 minit sebelum sepak mula, tiada siapa sangka, saya juga tidak diberitahu dan agak terkejut," kata ketua jurulatih The Red Giants.

Cari siapa dalang serangan asid ke atas Faisal Halim - Tun M
Dr Mahathir kecam perbuatan itu dan menggesa tindakan terhadap mereka yang menggunakan keganasan sedemikian dalam sukan.

'Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei
Semangat dan solidariti untuk pemain Selangor FC, Faisal Halim dari komuniti sukan negara masih berterusan sehingga saat ini.

Motif serangan terhadap Faisal Halim, 2 pemain bola sepak belum dapat ditentukan
Mohd Shuhaily berkata pihaknya akan melakukan semakan terhadap kes tersebut, selain bertemu dengan Faisal Halim.

Faisal Halim disimbah asid: “Apa kena mengena dengan saya?” - Tunku Mahkota Ismail
"Tidakan simbah asid itu macam bapuk."

Faisal Halim semakin positif, dijangka keluar hospital beberapa hari lagi
Faisal dijangka dapat kembali beraksi semula dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi bergantung kepada pemulihannya.

Bekas pemenang kasut emas Liga Super doakan Faisal Halim
Ayron Del Valle titip kata-kata semangat buat Faisal Halim agar segera diberikan kesembuhan.