Mana-mana pihak tidak boleh mengaitkan data Panama Papers dengan mana-mana perbuatan jenayah.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, kebanyakan individu terlibat dengan perniagaan sebelum menceburi politik.
"Kita tidak tahu sejauh mana kandungan kertas itu walaupun ia mendominasi tajuk utama.
"Jadi, kita akan melihat apa yang berlaku. Secara jelas ia tidak secara automatik mengaitkan sesiapa sahaja di mana-mana jenayah," katanya ketika mengulas isu Panama Papers di lobi Parlimen di sini hari ini.
Panama Papers antara lain menunjukkan rekod transaksi kewangan oleh pemimpin dan bekas pemimpin dunia termasuk di Argentina, Iceland, Arab Saudi dan Rusia.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, isu Panama Papers harus dilihat dari aspek menyeluruh demi ketelusan kepada rakyat.
"Untuk mengenal pasti mereka mempunyai niat untuk mengelak cukai atau apa. Saya tidak tahu, serahkan kepada kerajaan.
"Saya rasa demi ketelusan, tadbir urus yang baik , saya fikir kita perlu mengetahui. Ia bukan satu soalan undang-undang yang tidak sah," katanya.
Ia disokong Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz yang menyifatkan siasatan harus dilakukan jika terdapat isu membabitkan kes penggubahan wang haram.
Pada Ahad sebuah kumpulan gabungan media antarabangsa menerbitkan hasil siasatan yang mendedahkan aktiviti kewangan luar pesisir golongan elit dunia.
Organisasi yang digelar Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ) itu, mendedahkan 11.5 juta rekod kewangan ahli perniagaan, selebriti, bintang sukan serta pemimpin dunia.
Organisasi yang berpangkalan di Washington itu berkata data diperolehi dari sebuah firma perundangan di Panama, Mossack Fonseca.
Wan Syamsul Amly
Tue Apr 05 2016

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, kebanyakan individu terlibat dengan perniagaan sebelum menceburi politik. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pandora Papers: Ini apa yang kita tahu setakat ini
Pendedahan terkini yang dijalankan pihak International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) telah memetik beberapa figura penting negara berkaitan pemilikan akaun amanah luar pesisir.

Tindas warga Islam Xinjiang: 'Panorama' dedah bukti, China tegas nafi
Rancangan televisyen BBC siar dokumen rahsia dedah cara rakyat Islam Xinjiang dalam tahanan dipaksa jalani proses indoktrinasi.

5 perkara anda perlu tahu tentang Panama Papers
Pendedahan wujudnya 11.5 juta akaun luar pesisir oleh sebuah organisasi yang digelar sebagai Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ) menggemparkan dunia.

Panama Papers: 'Jangan kaitkan data dengan perbuatan jenayah' - Khairy
Panama Papers antara lain menunjukkan rekod transaksi kewangan oleh pemimpin dan bekas pemimpin dunia termasuk di Argentina, Iceland, Arab Saudi dan Rusia.

Panama Papers: Gabungan media dedah rekod kewangan golongan elit
Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ) mendedahkan 11.5 juta rekod kewangan ahli perniagaan, selebriti, bintang sukan serta pemimpin dunia.