KUALA LUMPUR: Kakitangan Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd (PMMA) yang terjejas akibat penutupan dua jabatan pembuatan di kilang Shah Alam 1 (SA1) diberi pilihan Skim Pemisahan Persetujuan Bersama (MSS), sebilangan besar telah menerimanya.
PMMA dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata syarikat itu mengadakan rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan pada 31 Mac 2023 seiring dengan penutupan jabatan tersebut.
Tiada kilang atau jabatan lain yang terjejas.
"Memandangkan kami beroperasi dalam persekitaran yang semakin kompleks, PMMA sentiasa melihat bagaimana untuk menyesuaikan diri dan mengemudi serta memaksimumkan kecekapan perniagaan dan mengembangkan syarikat secara mampan," katanya.
"Strategi yang dijalankan difikirkan dengan teliti dan sebarang keputusan berkaitan tenaga kerja kami dibuat dengan pertimbangan terbaik," katanya.
Syarikat itu menjawab artikel disiarkan portal berita Malaysiakini semalam bertajuk "Panasonic to shut down part of Malaysian operations, hundreds to be jobless" (Panasonic akan tutup sebahagian daripada operasi di Malaysia, ramai akan kehilangan pekerjaan).
PMMA berkata ia mahu mengekalkan budaya hormat-menghormati dan bertanggungjawab serta mengadakan sesi libat urus dengan kakitangannya mengenai perkara tersebut dan menyediakan bantuan dan sokongan sepanjang proses tersebut.
Pekerja yang memilih MSS semasa proses rasionalisasi itu telah menerima pakej pampasan yang adil dan saksama melebihi norma industri, kata syarikat itu.
Mereka yang menolak MSS akan ditawarkan pertukaran ke jabatan lain dalam PMMA, katanya.
Mengenai tuntutan di mahkamah pada tahun 2016 dan 2017, syarikat itu berkata ia telah diselesaikan dan ia tiada kaitan dengan rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan tersebut.
Dalam pemfailan berasingan kepada Bursa Malaysia, Pengarah Urusan PMMA Kenji Kamada telah meletak jawatan berkuat kuasa 31 Mei 2023 berikutan pertukaran wakil di Panasonic Holdings Corporation, Jepun.
Selain itu dalam satu lagi pemfailan lain, ia mengumumkan pelantikan Takashi Sugihara sebagai pengarah urusan berkuat kuasa 1 Jun 2023.
Sugihara mempunyai lebih 35 tahun pengalaman dengan Kumpulan Panasonic Holdings Corporation.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023

Panasonic mahu mengekalkan budaya hormat-menghormati dan bertanggungjawab serta mengadakan sesi libat urus dengan kakitangannya dan menyediakan bantuan dan sokongan sepanjang proses rasionalisasi. - Gambar hiasan

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Panasonic Beauty perkenal pengering rambut berteknologi nano, EH-NA0J
Teknologi unik nanoe MOISTURE dan Mineral memberi 18 kali lebih kelembapan sambil mengeringkan untuk rambut lebih terurus dan bersinar.

Panasonic tawar MSS susulan penutupan dua jabatan pembuatan
PMMA dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata tiada kilang atau jabatan lain yang terjejas.

Panasonic perkenal peti sejuk PRIME PLUS EDITION untuk kesihatan, kesejahteraan premium
Ia dilengkapi teknologi terkini membolehkan rakyat negara ini menikmati kehidupan sihat dan selamat.

Premis jual 5,969 bateri tiruan bernilai RM24,960 diserbu
Siasatan mendapati premis itu telah menjual bateri tiruan sejak 2020 secara atas talian dan juga kepada pelanggan tetap.

Alkaline Ionizer Panasonic sedia air alkali pelbagai fungsi
Produk teknologi itu turut menyediakan air tapis dan air yang mengandungi asid lemah dan diperakui halal.

Dr Mahathir terima anugerah doktor kehormat dari Universiti Doshisha
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Persuratan Kemanusiaan oleh Universiti Doshisha Jepun bagi menghargai sumbangan beliau dalam menegakkan prinsip.

Singapore fines 5 electronics firms in biggest anti-competition penalty
Singapore fined five electronics parts makers a total of US$14.7 million for price-fixing and other cartel activities, the biggest anti-competition penalty in the city-state.

30 syarikat di Selangor rugi besar akibat krisis air - Mahdzir
Sebanyak 30 syarikat di Selangor mengalami kerugian besar akibat krisis bekalan air awal tahun ini, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.