BANGKOK: Panda gergasi Lin Hui yang mati pada bulan lepas disahkan mengalami darah beku akibat faktor usia yang sudah tua.
Lin Hui yang berusia 21 tahun yang dipinjamkan China kepada Thailand tinggal di dalam kandang berhawa dingin di Zoo Chiang Mai sejak 2003 mati pada 1.10 petang (waktu tempatan), 19 April.
Pengarah Zoo berkenaan, Wutthichai Muangman, berkata pasukan pakar dari Thailand dan China telah menjalankan bedah siasat, mengumpul dan memeriksa lebih 50 sampel biopsi.
"Hasil bedah siasat mendapati Lin Hui mengalami masalah dalam saluran darah atas faktor usia, mengakibatkan berlaku darah beku dalam organ yang menjadi punca kepada kematiannya.
"Lin Hui juga mengalami pendarahan di hidung akibat tumor," katanya dalam satu kenyataan.
Media tempatan melaporkan, Thailand perlu membayar pampasan 15 juta baht atas kematian Lin Hui itu.
Panda gergasi berkenaan dilahirkan pada September 2001 dan berpindah ke Thailand pada 2003 dan telah tinggal di zoo sejak itu. Dia sepatutnya pulang ke China pada Oktober tahun ini.
Lin Hui dan pasangannya Chuang Chuang adalah sebahagian daripada diplomasi panda Beijing yang dihantar ke negara lain sebagai simbol persahabatan.
Dua panda gergasi itu dipinjamkan ke Thailand sejak 2003. Lin Hui kemudian melahirkan Lin Ping pada 2009. Lin Ping telah dihantar pulang ke China pada 2013.
Pada 2019, Chuang Chuang mati akibat serangan jantung.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023

Lin Hui yang berusia 21 tahun yang dipinjamkan China kepada Thailand tinggal di dalam kandang berhawa dingin di Zoo Chiang Mai sejak 2003 mati pada 1.10 petang (waktu tempatan), 19 April. -Foto Chiang Mai Zoo
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Panda gergasi di Zoo Chiang Mai mati pada usia 21 tahun
Lin Hui mengalami masalah pendarahan hidung dan menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan.