Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Malaysia untuk terus pandang ke hadapan, melangkaui tahun 2030 menerusi perpaduan kepelbagaian masyarakat.
Berucap pada Amanat Hari Kebangsaan 2016, Datuk Seri Najib berkata detik-detik kebersatuan yang ditonjolkan rakyat Malaysia terutama menerusi sukan dan sosiobudaya perlu diteruskan.
"Menjengah ke hadapan pula, kita tidak tiba di titik kemerdekaan enam dekad ini untuk gagal. Malah, kita berhasrat untuk melihat Malaysia terus melangkah jauh sebagai sebuah negara bangsa yang unggul dan dapat dipermegahkan di persada global, bukan setakat ini sahaja, malah menjangkaui 2030."
"Menyentuh soal ini, jika ingin melihat Malaysia kekal merdeka, berdaulat, damai dan tersanjung oleh seantero dunia sebagai Bintang Timur yang berkerlipan cahayanya, Moments of Unity atau Detik-Detik Kebersatuan, perlu dicambah serta disemarakkan," katanya dihadapan kira-kira 3,000 hadirin di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini pada malam sambutan 31 Ogos.
Beliau antara lain memberi contoh kebersatuan rakyat Malaysia berbilang kaum terserlah tatkala memberi sokongan kepada atlet Malaysia pada temasya sukan terbesar dunia baru-baru ini di Brazil, Olimpik.
Beliau berkata sewaktu perlawanan akhir perseorangan lelaki acara badminton antara jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dengan pemain China Cheng Long, majoriti penyokong pemain negara terdiri daripada orang Melayu yang bersorak sorai penuh semangat tanda sokongan kepada Raja Badminton Malaysia itu.
"Saya dan isteri turut sama turun padang ke Dataran Putrajaya, untuk menyaksikan saat-saat yang mendebarkan tersebut. Inilah antara satu contoh, Moments of Unity, atau Detik-Detik Kebersatuan berasaskan sukan.
"Bersempena itu, marilah kita beri tepukan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei, yang datang pada malam ini. Beliau, buat kali ketiganya menghadiahkan Malaysia pingat perak pada kejohanan Olimpik 2016. Syabas, syabas Datuk Lee Chong Wei!," katanya.
Dalam ucapannya selama 44 minit itu, Najib berkata di sebalik kisah kejayaan jaguh badminton negara itu, Lee tidak pernah lupa akan budi dan jasa juga bimbingan mentor, merangkap bekas jurulatihnya, yang telah mengasuh dan mendorong kejayaannya iaitu Datuk Misbun Sidek.
"Inilah dia indah dan ajaibnya Malaysia. Semangat kebersatuan dan keeratan, merentasi sempadan kaum, saling bantu membantu, saling harga menghargai.
"Bukan atas nama Orang Melayu, Orang Cina, Orang India, Orang Iban, Kadazan, Murut, Dusun, Orang Asli, penduduk keturunan Siam, ataupun yang lain-lain, namun lebih mulia dan penting dari itu... semua berpadu atas nama Bangsa Malaysia!" katanya.
Penghargaan
Dalam ucapannya itu, Najib turut meminta hadirin supaya memberikan tepukan kepada atlet-atlet yang memenangi pingat pada Sukan Olimpik iaitu pemenang pingat perak acara beregu lelaki badminton Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, dua ratu terjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang turut merangkul perak dan jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang yang memenangi pingat gangsa dalam acara keirin.
Perdana Menteri turut mengambil beberapa contoh lagi berkenaan Detik Kebersatuan seperti Restoran Nasi Kandar paling terkenal di Ipoh yang popular dengan gelaran Vanggey dengan penjual nasi milik India Muslim beroperasi di restoran milik orang Cina dan pelanggan daripada pelbagai kaum.
Kartunis Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohammad Nor Khalid pula banyak menonjolkan watak pelbagai kaum dalam karyanya, secara langsung menggambarkan detik kebersatuan manakala filem Ola Bola turut membangkitkan semangat kebersatuan rakyat Malaysia melalui semangat pemain negara pelbagai kaum bersatu untuk mengharumkan nama negara di arena bola sepak, katanya.
Beliau berkata banyak lagi faktor yang boleh menjadi pemangkin kepada Detik-Detik Kebersatuan, dan tidak terhenti pada contoh-contoh dalam bidang sukan dan sosio-budaya sahaja.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Aug 30 2016
![Pandang ke hadapan menerusi perpaduan kepelbagaian masyarakat - PM Najib Pandang ke hadapan menerusi perpaduan kepelbagaian masyarakat - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61472568885_AmanatDSNajibRazak.jpg)
Perdana Menteri berkata, Detik-Detik Kebersatuan perlu dicambah serta disemarakkan.
![Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731065312_gaveltukulmahkam.jpg)
Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.
![Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740098659_TourismMalaysia.jpg)
Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.
![Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740098732_Pemandumautnahas.jpg)
Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
![PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740098223_Bromeliad.jpg)
PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.
![When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740097947_AdliHafidzPauzi.jpg)
When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.
![Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740094684_DATUKAZMANABIDIN.jpg)
Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
![Pandang ke hadapan menerusi perpaduan kepelbagaian masyarakat - PM Najib Pandang ke hadapan menerusi perpaduan kepelbagaian masyarakat - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61472568885_AmanatDSNajibRazak.jpg)
Pandang ke hadapan menerusi perpaduan kepelbagaian masyarakat - PM Najib
Perdana Menteri berkata detik-detik kebersatuan yang ditonjolkan rakyat Malaysia terutama menerusi sukan dan sosiobudaya perlu diteruskan.