MELAKA: Tiada studio, di rumah pun boleh. Demikian semangat tinggi ditunjukkan enam artis tarian kebudayaan etnik Chetti berumur antara 15 dan 23 tahun, demi memastikan tarian tradisi mereka terus berkembang lebih-lebih lagi ketika aktiviti kebudayaan dan pelancongan terhenti akibat pandemik COVID-19.
Kumpulan penari tersebut tidak kisah menjadikan rumah seorang daripada anggotanya di Kampung Chetti, Gajah Berang, di sini, sebagai tempat latihan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, selepas tidak dapat berlatih di Studio Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) Melaka seperti kebiasaan.
Artis Budaya Kejurulatihan Tari JKKN Melaka, Wan Kamlzaman Mohd Saidi, 48, berkata kumpulan penari itu juga menggunakan medium dalam talian untuk berbincang serta bertukar idea, dan hanya baru-baru ini saja mereka berpeluang berlatih di studio sebaik sahaja Melaka beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 4 Sept lepas.
"Banyak yang terpaksa kami adaptasi dan lakukan perubahan termasuk mengadakan latihan hanya pada setiap Sabtu selama kira-kira empat jam. Namun, jika ada keperluan seperti permintaan mengadakan persembahan khas untuk kerajaan negeri, kita akan tambah masa latihan.
"Meskipun berdepan banyak kekangan, namun hasil komunikasi dan usaha berterusan, mereka berjaya menampilkan persembahan di pertandingan dondang sayang secara hibrid baru-baru ini, iaitu persembahan pertama sejak dua tahun lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mengulas lanjut mengenai kelangsungan tarian tradisi Chetti, etnik minoriti yang lahir hasil daripada perkahwinan campur antara pedagang India dan penduduk setempat, Kamlzaman berkata walaupun ahlinya tidak ramai, tetap mempunyai tempat istimewa dalam kalangan masyarakat.
Katanya, pada asalnya kumpulan penari tersebut terdiri daripada orang lama, namun sedikit demi sedikit beliau cuba melibatkan golongan muda sebagai pewaris seni tersebut pada masa akan datang.
Beliau yang berpengalaman 10 tahun sebagai jurulatih tarian di JKKN Melaka bagi Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB), mengakui generasi muda hari ini lebih dipengaruhi muzik moden seperti K-pop, balada, Bollywood dan sebagainya, membuatkan mereka kurang minat kepada tarian kebudayaan termasuk tarian Chetti.
"Kita akui arus muzik moden berkembang pesat di negara ini yang sedikit sebanyak memberi impak kepada seni dan tradisi tempatan. Namun, ia bukan jadi halangan untuk kami terus berusaha dengan pelbagai cara bagi mengekalkan seni tari ini agar tidak pupus.
"Kita juga berbangga apabila generasi muda Chetti tidak lupa asal usul mereka, lebih-lebih lagi apabila kelompok etnik ini hanya terdapat di Melaka. Anak-anak muda Chetti telah diasuh sejak kecil oleh keluarga mereka untuk mempertahankan kebudayaan Chetti, termasuk tarian," katanya.
Kamlzaman berkata antara inisiatif dilakukan bagi menghidupkan minat terhadap tarian itu ialah dengan menambah elemen muzik yang lebih menarik dan bersesuaian dengan generasi muda, selain berusaha mencari penari baharu sebagai pelapis pada masa hadapan.
"Di samping itu, aspek pola lantai juga diolah mengikut kesesuaian tarian dan saya cuba elak daripada menggunakan gaya yang susah kerana anak-anak muda Chetti tidak terdedah dengan banyak pergerakan," jelasnya.
Untuk pemilihan lagu, beliau berkata memandangkan etnik tersebut fasih berbahasa Melayu, jadi tiada masalah untuk mereka menghayati lagu-lagu tradisional dan lama seperti Pegang Pegang Tali yang dinyanyikan S. Ahmad dan S. Rohani, Sekuntum Mawar Merah oleh Lata Mangeshkar serta lagu Serampang Laut yang popular dalam kalangan kaum Chetti.
"Dari segi pakaian pula, kami mengekalkan pemakaian busana Chetti iaitu kebaya pendek atau kebaya nyonya. Pakaian etnik Chetti memang mempunyai persamaan dengan orang Melayu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 30 2021

Antara inisiatif dilakukan bagi menghidupkan minat terhadap tarian itu ialah dengan menambah elemen muzik yang lebih menarik dan bersesuaian dengan generasi muda. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.