Malaysia kini sedang berada dalam minggu ketiga Perintah Kawalan Pergerakan. Meskipun kita dikhabarkan tentang tanda awal yang menunjukkan usaha-usaha kita sedang mencapai kejayaan, sebenarnya jalan yang kita perlu tempuh masih panjang.
Pandemik koronavirus ini telah mengubah kehidupan kita semua dengan begitu mendadak. Ianya seperti sebuah distopia: penyakit yang merebak dengan cepat, kematian mendadak, pembelian panik, bandar-bandar menjadi kosong dan sunyi.
Manakala usaha-usaha kita dalam membendung wabak juga sama dramatik; dengan perintah duduk di rumah masing-masing, pergerakan terhad, perintah-perintah robotik yang aneh di kedai-kedai runcit.
Pandemik ini juga seperti menekan brek kepada ekonomi yang sudah sedia goyah. Sebuah ekonomi yang bergantung pada kepenggunaan untuk terus berfungsi kini sedang terlucut keupayaannya.
Sementara kita di rumah bermain petik jari atau bergelut dengan sambungan internet yang tidak stabil sepanjang mesyuarat-mesyuarat menggunakan Zoom, di luar sana ramai rakyat Malaysia lain yang selama ini bergantung kepada kerja hakiki mereka namun hari ini secara tiba-tiba telah kehilangan sumber pendapatan.
Ramai pekerja-pekerja kontrak, kaum peniaga, kaum penjaja dan mereka-mereka yang sebelum ini berada dalam industri perkhidmatan telah kehilangan pekerjaan mereka, dan ini bermaksud mereka turut kehilangan ikhtiar hidup.
Pandemik ini membuka pekung tentang masyarakat kita yang sebenarnya - rapuh dan tidak adil, tidak upaya membuat keutamaan sekalipun sedang berada dalam persoalan hidup dan mati.
Dalam pakej rangsangan yang diumumkan minggu lalu, satu daripada banyak inisiatif yang sebenarnya lebih kurang sama menjelaskan kepada kita tentang betapa buruknya keadaan sekarang - walaupun kemudiannya kita tahu bahawa pakej ini tidak akan cukup.
Bantuan tunai sekali sahaja kepada golongan termiskin tidak akan membantu mereka bertahan, manakala IKS pula tidak mendapat bantuan yang cukup.
Bantuan akan mengambil masa untuk diagihkan, dan ini tidak akan membantu terutamanya golongan yang menyara hidup dengan gaji harian.
Di barisan hadapan, pekerja-pekerja dan perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan sedang lemas. Peralatan dan bekalan-bekalan ada kalanya tidak mencukupi, terutamanya di bahagian luar Lembah Klang, yang mungkin akan mengakibatkan peningkatan jumlah kematian.
Namun entah bagaimana kita berkelakuan seolah-olah semua ini akan berakhir tidak lama lagi, perkhidmatan akan beroperasi seperti biasa. Cuba letakkan ke tepi sebentar bagaimana bentuk dunia pasca-COVI-19, pemulihan nyata akan mengambil masa.
Siapa tahu apa yang akan berlaku antara hari ini dan esok?
Bahagian-bahagian lemah dalam masyarakat kita tidak dilindungi - menunjukkan betapa ramai daripada kita semua ini hanyalah tinggal selangkah dari kemiskinan.
Sekarang bencana sedang tiba, dan ironinya bukanlah kaum jutawan, usahawan atau guru-guru pemasaran digital yang datang menyelamatkan kita.
Sebaliknya kita semua sedang bergantung kepada barisan hadapan yang terdiri daripada pekerja kesihatan awam dan perkhidmatan-perkhidmatan penting - iaitu pekerjaan yang sebelum pandemik global melanda adalah pekerjaan yang dipandang lekeh - untuk terus menjaga keselamatan memastikan enjin ekonomi tetap berjalan.
Menghargai orang-orang yang berani ini dalam keadaan selesa berada di rumah dengan membuat video-video yang menyentuh perasaan dan dikongsikan di media sosial tetap tidak dapat melindungi mereka semua daripada bahaya.
Tahun lalu kita pernah menyaksikan sebuah episod apabila Foodpanda mengubah skim pembayaran kepada pekerja mereka. Juga episod lain tentang jaminan kenaikan gaji dan pembaharuan kontrak buat pegawai perubatan awam. Hari ini, dalam masa-masa yang sulit begini, kumpulan-kumpulan inilah yang pertama sekali membayar harga yang bukan dari kesalahan mereka sendiri, memburukkan lagi ekonomi yang sedia rapuh.
Sekalipun apa yang berlaku sekarang adalah krisis kesihatan awam, namun ianya menjelaskan kebergantungan kita semua. Bukan CEO yang menghantarkan makanan atau bahan makanan ke rumah anda, bukan CEO yang membungkus atau mengira jumlah barangan anda di pasaraya, tetapi pekerja-pekerja kontrak dengan gaji yang rendah dan tidak mendapat kelebihan-kelebihan tertentu.
Perjuangan menentang COVID-19 ini juga sejenis perjuangan untuk menegakkan keadilan sosial dan peluang yang samarata.
Virus ini nyata tidak mendiskriminasi maka mengapa perlu kita berbuat demikian? Sekarang apa yang kita perlu lakukan adalah melindungi dan mengembangkan jaring jaminan kita, dengan memperkenalkan satu set langkah-langkah sosial yang mempromosikan kebebasan dan martabat untuk semua.
Idea pendapatan asas sejagat (universal basic income) misalnya memerlukan pertimbangan yang serius. Kadang-kadang bila kita fikirkan, idea memberikan setiap orang sejumlah wang asas untuk memastikan kelangsungan hidup sepertinya aneh dan tidak masuk akal, tetapi apabila berhadapan dengan masa-masa krisis seperti sekarang baru kita sedar akan kepentingannya.
Pada masa aman, wang tersebut akan membantu kita meneruskan kehidupan. Manakala pada masa kecemasan, ia berfungsi sebagai sandaran supaya kesihatan dan keselamatan kita dilindungi.
Pendapatan asas tidak akan mengurangkan kemiskinan, tetapi ia akan membekalkan kita alatan untuk keluar daripadanya. Ia adalah tentang keadilan sosial, dengan memberikan kepada setiap orang peluang untuk berjuang di dunia yang tidak adil.
Tidak ada sesiapa pun yang dapat memutuskan sama ada seseorang itu wajar hidup atau mati. Dasar-dasar kebajikan sosial cenderung ditangguhkan berdasarkan kemampuan. Tetapi apa yang kita gagal ialah membincangkan tentang kemampuan apabila ekonomi jatuh dan institusi kapitalis beratur untuk menagih ikat jamin sosialis mereka.
Kenapa apabila ia hadir kepada kita atau kepada golongan yang terpinggir dalam masyarakat, ianya menjadi kontroversi, tidak produktif dan tidak terjangkau?
Pandemik ini adalah contoh terbaik tentang dilema orang-orang yang terkurung - sesiapa yang bertindak menurut kepentingan diri akan menjadi kurang optimal.
Mereka ini ialah orang-orang yang menimbun bahan makanan sehingga orang lain tidak dapat makan, melanggar arahan tinggal di rumah, memperburuk risiko jangkitan dan menambah tekanan terhadap sistem kesihatan kita.
Walhal dalam masa krisis kita semua perlu melakukan bahagian kita dan bekerjasama. Ini juga hal yang sama yang perlu diteruskan pada masa aman.
Barangkali kita semua sedang menderita sepanjang tempoh PKP ini, secara kewangan, mental, fizikal, emosi. Mungkin kalian adalah sebahagian orang yang telah kehilangan pekerjaan, atau pemilik perusahaan yang sedang berjuang mempertahankan apa yang tinggal.
Ketahuilah bahawa kenyataan yang kalian alami sekarang adalah sama seperti apa yang sebahagian rakyat Malaysia lain alami sebelum ini.
Sekiranya kesihatan dan kewangan kalian baik, anggaplah diri kalian beruntung dan fikirkanlah pula mereka yang kurang beruntung. Tanpa sedar, kitalah sebenarnya yang paling banyak bergantung kepada mereka.
*Rashaad Ali bertugas sebagai pengarah kajiselidik di Pejabat Parlimen Permatang Pauh. Beliau adalah bekas penganalisis penyelidikan dengan Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang di Singapura.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Rashaad Ali
Fri Apr 03 2020

Pandemik ini adalah contoh terbaik tentang dilema orang-orang yang terkurung - sesiapa yang bertindak menurut kepentingan diri akan menjadi kurang optimal. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.

22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Op Ragada: Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek.

Pengubahan wang haram: Bekas CEO syarikat penyiaran pula ditahan
Kes pengubahan wang haram membabitkan seorang CEO syarikat penyiaran di Sarawak memasuki episod baharu apabila bekas CEO syarikat berkenaan turut ditahan.

CEO Jeju Air dilarang keluar dari Korea Selatan
Polis di wilayah Jeolla Selatan mengesahkan larangan berkenaan terhadap dua individu termasuk CEO berkenaan.

MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan 2025.

Dipecat sebagai CEO TMC Life Sciences, Wan Nadiah tuntut penyelesaian adil
Beliau mengesahkan tidak pernah dituduh melakukan sebarang jenayah, pecah amanah jenayah, salah urus kewangan atau isu berkaitan integriti.

Ketua Pegawai Operasi Dialog Mustaffa Kamal dinaikkan pangkat kepada CEO
Dialog turut mengumumkan Pengarah Urusan bagi Minyak dan Gas Huluan, Keith Collins, menyandang tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi.

CEO MDEC tamat perkhidmatan 31 Ogos
Mahadhir Aziz akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 31 Ogos 2024 selepas tiga tahun menerajui MDEC.

Seleweng dana: SPRM tahan CEO syarikat bergelar Profesor
SPRM menahan reman individu bergelar Profesor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi kerana dipercayai menyeleweng kira-kira RM270,000 dana syarikat