Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kerana memperkenankan 207 rang undang-undang yang diluluskan di Dewan Negara dan Dewan Rakyat, sepanjang tempoh pemerintahan baginda dari 2012 sehingga 2016.
Pandikar Amin yang mewakili seluruh anggota Parlimen berkata antara rang undang-undang (RUU) itu adalah RUU Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2014 berkaitan gaji dan elaun anggota Parlimen yang tertangguh sejak 2012.
"Patik menjunjung kasih kerana sebagai Ketua Badan Perundangan, Tuanku mempunyai peranan penting dalam proses penggubalan undang-undang.
"Dengan limpah kurnia Tuanku sepanjang bersemayam di takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XIV, Tuanku telah memperkenankan akta-akta yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diwartakan menjadi undang-undang sah," katanya.
Pandikar Amin berkata demikian ketika berucap di Majlis Santapan Malam Menjunjung Kasih Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, di sini malam tadi.
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke majlis santapan malam anjuran Parlimen Malaysia itu. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S A Vigneswaran.
Pandikar Amin turut merakamkan penghargaan kepada Tuanku Abdul Halim kerana memperkenankan Pelan Transformasi Parlimen yang menyaksikan pindaan terhadap beberapa Peraturan-peraturan Mesyuarat Baru yang diluluskan di Dewan Rakyat.
Sementara itu, beliau turut berkongsi pengalamannya selama sembilan tahun memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat antaranya berdepan pelbagai karenah segelintir anggota Parlimen yang memberi gangguan, provokasi, cemuhan, keceluparan, kedegilan dan kebiadapan.
Pandikar Amin berkata beliau juga terpaksa berhadapan ledakan teknologi maklumat yang pantas dan dunia tanpa sempadan menyebabkan beliau mendapat perhatian dan liputan masyarakat sehingga ada yang menggelar beliau sebagai 'pengawal gawang gol kerajaan."
"Fenomena ini dilihat amat luar biasa dan terkeluar daripada konvensyen amalan parlimen yang lebih tua di luar negara yang lebih menghormati kedudukan kerusi Yang Dipertua Dewan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2016
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (tiga, kanan) berkenan menerima cenderakenangan di Majlis Santapan Malam Menjunjung Kasih pada Khamis. - Foto Bernama
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
#AWANIRingkas 26 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Januari 2025
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
JPJ periksa 1,106 kenderaan dalam Op Sepadu menjelang Tahun Baharu Cina
Sebanyak 1,106 kenderaan diperiksa dengan 124 daripadanya dikenakan tindakan semasa Op Sepadu Tahun Baharu Cina oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur malam tadi.
Oswald sifatkan Pandikar Amin umpama 'cacing kepanasan'
Oswald berkata, kenyataan Pandikar Amin seolah-olah terpesong daripada topik utama yang disuarakan Peter sebelum ini.
Teladani perwatakan pemimpin terdahulu, pastikan perpaduan kekal utuh - Pandikar
Sikap pemimpin terdahulu membuktikan perpaduan rakyat di tiga wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak mampu disemai dengan baik.
Budaya jatuh-menjatuh punca Sabah masih mundur - Pandikar
Kata Pandikar Hajiji sepatutnya terus diberi ruang mentadbir negeri itu sehingga tamat penggal berdasarkan kredibilitinya selain perwatakannya yang disenangi oleh setiap lapisan masyarakat.
Lupakan MA63, rangka perjanjian baharu bukan langkah tepat - Ongkili
Ia penting kerana, tanpa MA63, tiada rujukan dan asas untuk membincangkan isu yang akan dapat memberi manfaat kepada Sabah dan Sarawak.
BIMP-EAGA: Strategi pertumbuhan sedang dirangka bantu lonjak prestasi Sabah - Pandikar Amin
Usaha memperkasa tindakan-tindakan itu akan dilaksanakan dari masa ke semasa dalam memastikan rakyat Sabah terus menerima manfaat daripada pertumbuhan ekonomi di rantau ini.
USNO hantar permohonan sokong pentadbiran kerajaan - Pandikar
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) menyatakan pendirian mereka menyokong polisi kerajaan.
PRN Sabah: USNO janji kahwin kali pertama dapat hadiah RM1,000
Rakyat Sabah yang mendirikan rumah tangga buat kali pertama, akan menerima hadiah perkahwinan sebanyak RM1,000.
Manifesto USNO: TPM dari Sabah, Sarawak jika menang PRN ke-16
USNO akan memperjuangkan jawatan seorang timbalan perdana menteri dari Sabah atau Sarawak sekiranya diberi mandat.
Usbo sokong penuh Anwar teraju kepimpinan negara
Usbo menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri pada masa hadapan.
Sertai PKR: Pandikar Amin Mulia terus berteka-teki
Bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia masih berteka-teki dengan statusnya yang dikhabarkan bakal menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).