Pemimpin dan anggota Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) perlu lebih kreatif, inovatif dan berani mencuba sesuatu yang baharu terutama apabila melibatkan pelaksanaan sesuatu program, kata Yang Dipertuanya Datin Seri Rosmah Mansor.
Isteri perdana menteri berkata anggota pergerakan itu terutama di negara maju dilihat lebih yakin diri, berani, kuat dan nekad untuk berjaya dalam melaksanakan sebarang aktiviti.
Kata Rosmah, mereka sentiasa berfikir di luar kotak bagi mencari cara yang kreatif dalam sesuatu tindakan.
"Adalah menjadi harapan saya supaya anggota pergerakan kita dapat mencontohi sifat positif yang diamalkan pergerakan luar negara," katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2017 PPPM peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Teks ucapannya dibacakan Timbalan Yang Dipertua PPPM Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.
Rosmah seterusnya mahu PPPM berkolaborasi dengan pelbagai agensi termasuk di bawah kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), entiti perniagaan dan komuniti setempat dalam merealisasikan programnya.
Menurutnya, jalinan kerjasama sedemikian akan membuahkan hasil lebih baik dan berimpak tinggi berbanding dilakukan secara bersendirian.
Merujuk kepada tema Hari Peringatan Sedunia 2017 PPPM berkenaan iaitu 'Let's Grow', beliau berkata ia bermaksud persatuan itu harus terus berkembang demi kebaikan dan kehidupan lebih maju bagi kanak-kanak perempuan, gadis dan wanita seluruh dunia.
Majlis itu turut menyaksikan pelancaran rantaian anak patung buatan tangan terpanjang yang berjaya melakar nama dalam 'The Malaysia Book of Records'.
Rantaian merangkumi 30,000 anak patung sepanjang 6.34 kilometer itu dihasilkan anggota PPPM.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2017

ROSMAH: Pemimpin dan anggota PPPM perlu lebih kreatif, inovatif dan berani mencuba sesuatu yang baharu. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Rosmah ditahan SPRM, didakwa esok
Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Dari atas katil hospital, ini reaksi Anwar mengenai nilai rampasan di premis berkaitan Najib!
Anwar Ibrahim menyifatkan kemewahan dan keborosan ini sangat mengaibkan dan cukup memualkan!

"Wan Azizah atau Nurul Izzah berkemungkinan bertanding di Pandan" - Rafizi
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atau Nurul Izzah Anwar bakal bertanding di kawasan Parlimen Pandan menggantikan Rafizi Ramli.

'Sheila Majid, jangan jadi alat propaganda pembangkang' - Rizal Mansor
Tidak ada kerajaan yang mahu melihat rakyatnya susah dan terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi.

Pandu Puteri Malaysia perlu lebih kreatif, inovatif - Rosmah
Pemimpin dan anggota PPPM perlu lebih kreatif, inovatif dan berani mencuba sesuatu yang baharu terutama apabila melibatkan pelaksanaan sesuatu program, kata Datin Seri Rosmah Mansor.

Permata tidak boleh dipisahkan daripada JPM - Rizal
Permata tidak boleh dipisahkan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana kebanyakan programnya dicipta untuk mengisi jurang percanggahan antara beberapa undang-undang termasuk Akta Pendidikan.

Taska Permata Puspanita perlu diperluas di peringkat daerah - Rosmah
Penubuhan Taska Permata Puspanita perlu diperluaskan di seluruh cawangan kecil termasuk di setiap daerah, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Usahawan kraf perlu bergerak seiring perubahan teknologi - Rosmah
Usahawan kraf perlu lebih berani untuk meneroka peluang perniagaan termasuk bergerak seiringan dengan perubahan teknologi terkini termasuk menjalankan perniagaan dalam talian, kata Datin Seri Rosmah.

Ambil tahu anak sudah pulang atau tidak pada lewat malam - Rosmah
Ibu bapa perlu tegas dengan anak remaja serta sentiasa ambil tahu dan peka sama ada anak mereka sudah pulang ke rumah atau tidak apabila lewat malam, kata Datin Seri Rosmah Mansor.

Kejayaan integrasi ASEAN bergantung kepada penerimaan rakyat - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat ASEAN perlu merasakan bahawa mereka tergolong dalam perkumpulan itu.