Riza Aziz membuatkan filem blockbuster Hollywood.
Bekas perdana menteri itu berkata dana tersebut dipindahkan kepada Riza selepas keputusan daripada kerabat diraja Emiriah, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan, sebagai pinjaman daripada Aabar Investments.
"Dia (Riza) diberitahu ia ia adalah pinjaman dan menerimanya atas dasar itu. itu. Saya yakin jika dia tahu sebaliknya, dia tidak akan menerimanya.
"Dia tahu itu adalah wang yang bersih dan langsung diberikan oleh Aabar dan hasilnya dia membuat filem. Filem tersebut menghasilkan wang," katanya
Dia menjawab demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
Najib membela diri terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukan ketika itu bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.
Katanya setelah filem-filem Riza mula menjana wang, anak tirinya mula membayar balik sebahagian besar pinjaman tersebut.
"Panggilan saya kepada Putera Mahkota itu benar-benar untuk mendokumentasikan perkara itu. Tindakan Riza membayar balik menunjukkan beliau percaya itu adalah pinjaman dan wang yang bersih," katanya.
Riza, yang mengasaskan Red Granite Pictures bersama penerbit Joey McFarland pada 2010 telah menghasilkan beberapa filem Hollywood termasuk pemenang Anugerah Akademi,The Wolf of Wall Street.
Dalam prosiding sebelum ini, pihak pendakwaan mendakwa filem itu dihasilkan menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB.
Ketika ditanya Muhammad Shafee mengenai percutian keluarganya di atas kapal layar mewah bersama kerabat diraja Arab dan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) di selatan Perancis, Najib berkata bahawa tidak masuk akal untuk membawa bersama pegawai Wisma Putra kerana itu adalah percutian keluarga peribadi.
"Apabila saya bercuti, tiada keperluan untuk Wisma Putra terlibat. Saya di sana bersama keluarga. Apabila anda berehat, anda tidak mahu pegawai kerajaan berada bersama anda.
"Mereka pasti berasa janggal (berada di sana) kerana mereka tahu mereka menceroboh percutian anda, ke dalam urusan peribadi anda," katanya.
Najib berkata bahawa mempunyai pegawai kerajaan di atas kapal layar RM Elegance semasa jemputan minum petang daripada anak lelaki Almarhum pemerintah Saudi, Putera Turki bin Abdullah Al Saud, akan menjadi satu usaha yang besar.
"Itu bukan pertemuan rasmi. Saya rasa Putera Turki tidak akan gembira jika dia melihat ada pegawai yang mewakili kerajaan di atas kapal itu.
"Itu adalah pertemuan sosial untuk saling mengenali antara satu sama lain, itu sahaja. Saya sedang bercuti dan apabila saya bercuti, saya tidak melibatkan Wisma Putra," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA