LUMUT: Penganjuran Pangkor International Marine Tourism Conference 2022 (PIMTC22) menandakan bermulanya usaha dan aktiviti pelancongan marin di Perak selepas COVID-19, kata pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.
Beliau berkata penjenamaan Pangkor sebagai destinasi pelancongan marin nautika kini telah bermula, dan Perak, melalui Tourism Perak dengan sokongan sektor swasta serta pemain industri, akan mempromosi segmen pasaran pelancongan baharu, dengan negeri itu sebagai destinasi marin pilihan.
"PIMTC22 adalah satu lagi contoh kejayaan perkongsian awam-swasta yang terpuji. Kerjasama antara kerajaan negeri Perak, Persatuan Pelancongan Perak dan Cruise Marine Tourism Association yang memiliki Sail Malaysia, akan menjadi saksi pembukaan perhimpunan bot dari sini selepas empat hari santai yang singkat, pengalaman masakan tempatan dan acara perkongsian pengetahuan.
"Sukacita saya nyatakan di sini, Pangkor adalah syurga bagi pelaut di rantau ini. saya ingin menggalakkan semua pengendali marin, khususnya di Malaysia untuk bersama-sama membentuk rangkaian pelaut yang bukan sahaja akan menjadi pelengkap antara satu sama lain tetapi juga memberi manfaat kepada banyak pihak," katanya semasa berucap di majlis perasmian PIMTC22 dan pelancaran Sail Malaysia Passage to East Yacht Rally yang berlangsung di Marina Island, di sini pada Isnin.
Dalam ucapannya itu beliau turut menggesa agensi-agensi yang berkaitan untuk bekerjasama dengan pengusaha marin untuk meningkatkan aliran masuk ringgit pelancongan yang akan memberi manfaat kepada industri dan mesyarakat setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022

Penganjuran Pangkor International Marine Tourism Conference 2022 (PIMTC22) menandakan bermulanya usaha dan aktiviti pelancongan marin di Perak selepas COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Pangkor destinasi pelancongan marin - Exco
Penganjuran Pangkor International Marine Tourism Conference 2022 (PIMTC22) menandakan bermulanya usaha dan aktiviti pelancongan marin di Perak selepas COVID-19.

SKS Airways mula penerbangan sulung ke Pulau Pangkor hari ini
Syarikat penerbangan komersial terbaharu Malaysia, SKS Air Airways melancarkan penerbangan sulungnya ke Pulau Pangkor, pada Rabu.

Pulau peranginan utama dijangka dibuka semula awal September - Nancy
MOTAC menjangkakan pulau peranginan utama negara seperti Langkawi, Pangkor, Redang, Tioman dan Perhentian boleh mencapai imuniti kelompok hujung bulan ini dan dibuka semula awal bulan depan.

Jerebu: 8,000 nelayan di Perak terjejas, tidak turun ke laut
Kira-kira 8,000 nelayan di Perak terjejas akibat masalah jerebu yang melanda di seluruh negara pada masa ini.

Pangkor pulau bebas cukai: Pastikan rakyat tidak jadi Lebai Malang - Sultan Nazrin
Kerajaan Negeri Perak telah mengemukakan permohonan untuk mewartakan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai pada 1 Januari 2020.

Pekerja durjana: Pengemas bilik di Pangkor dihukum gantung, bersalah bunuh majikan hamil
Seorang pekerja sebuah resort di Pulau Pangkor dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah membunuh majikannya yang juga seorang wanita hamil.

Enam remaja terperangkap dalam lif lega diselamatkan
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Yahya Madis berkata pihak bomba menerima panggilan sekitar 10.18 malam mengenai insiden berkenaan dan bergegas ke lokasi.