PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui sudah menjangkakan keadaan padang baharu Stadium Nasional, Bukit Jalil akan rosak selepas pertama kali digunakan dalam aksi Pestabola Merdeka ketika aksi Malaysia menentang India pada Jumaat.
Menurutnya, keadaan itu adalah perkara biasa yang akan berlaku untuk padang baharu selain menegaskan padang jenis Zeon Zoysia ini adalah lebih baik daripada padang jenis cow grass.
Malah, beliau percaya padang Stadium Nasional itu akan akan menjadi salah satu padang yang terbaik di rantau Asia Tenggara pada masa akan datang.
"Bagi saya, apa yang kita lihat pada malam tadi memang biasa berlaku untuk padang yang baharu. Memang perlukan masa dan kami sudah jangka keadaan seperti ini.
"Saya percaya, semua pihak yang terlibat sedang bekerja keras dari semasa ke semasa. Saya rasa, kita perlukan sedikit masa lagi untuk menyelesaikan masalah ini.
"Apa pun, padang rumput jenis Zeon Zoysia ini adalah lebih baik daripada padang jenis cow grass yang kita gunakan sebelum ini. Memang ia belum siap sepenuhnya, tapi kita ada Pestabola Merdeka 2023 ini," katanya dalam sidang media selepas perlawanan pada Jumaat.
Dalam aksi di Stadium Nasional itu, Harimau Malaya yang berada di ranking ke-134 dunia berjaya menewaskan India (ranking ke-102 dunia) 4-2.
Namun, kemenangan itu dibayangi keadaan padang baharu ditanam rumput Zeon Zoysia yang dilihat tercabut dan rosak sehingga menjejaskan rentak kedua-dua pasukan.
Dalam pada itu, mengulas mengenai perlawanan akhir menentang Tajikistan pada Selasa ini, Pan-gon percaya ia medan terbaik untuk Harimau Malaya membalas dendam ketika tewas di kejohanan King's Cup tahun lalu.
"Kita masih ingat saat itu (di King's Cup), kedua-dua pasukan tidak dapat bermain dengan baik kerana hujan lebat sebelum kita tewas dalam penentuan sepakan penalti.
"Kita mempunyai peluang terbaik untuk ‘balas dendam’ pada perlawanan seterusnya, apatah lagi kita bermain di hadapan penyokong sendiri tapi kita tetap menghormati Tajikistan kerana ranking mereka lebih tinggi daripada kita,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 14 2023
Penjaga gol negara Ahmad Syihan Hazmi Mohamed membaiki semula keadaan rumput pada perlawanan pembukaan Pestabola Merdeka 2023, Malaysia menentang India di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - Gambar/ Bernama
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
One Championship: Jojo Ghazali kekalkan 'trademark' berbaju Melayu
Pakaian tradisi, baju Melayu dan samping, kekal menjadi pilihan Johan 'Jojo' Ghazali ketika sesi 'face off' One Championship, semalam.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.
Guru boleh buat kerja sambilan, Tapi perlu kebenaran
Boleh buat kerja sambilan, termasuk membuka kelas tiusyen, tetapi guru perlu dapatkan kebenaran dan tanpa menganggu tugas hakiki.
1.4 bilion orang mengembara rentas negara pada 2024 - UNWTO
Perkembangan itu menandakan pemulihan kukuh bagi industri pelancongan global selepas pandemik COVID-19.
Malaysia ambil pendekatan seimbang, tidak ikut langkah sekat akses dalam talian
Fahmi berkata Malaysia akan mengambil pendekatan yang lebih seimbang dalam menangani isu keselamatan dalam talian.
Individu disyaki salah guna wang pampasan projek balak
SPRM Sarawak reman seorang individu disyaki menyalah guna wang pampasan berjumlah kira-kira RM455,000.
Himpunan rakyat benci rasuah tetap diteruskan - Sekretariat
Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada Sabtu ini tetap diteruskan walaupun pihak polis melarang penganjuran itu.
Sekretariatnya menerusi kenyataan menyifatkan, sekatan itu mengkhianati hak rakyat untuk berhimpun dan mencabuli nilai reformasi seperti diperjuangkan Kerajaan Madani.
Sekretariatnya menerusi kenyataan menyifatkan, sekatan itu mengkhianati hak rakyat untuk berhimpun dan mencabuli nilai reformasi seperti diperjuangkan Kerajaan Madani.
Pan-gon panggil Faisal Halim
Kim Pan-gon tetap menyenaraikan tonggak sensasi Selangor FC, Faisal Halim dalam kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa bertemu Syria dan China.