Keselamatan kira-kira 300 penghuni sebuah blok Pangsapuri Beringin di sini terancam susulan kejadian tebing runtuh kali kedua berhampiran bangunan itu semalam.
Kejadian pertama berlaku pada 19 Februari lepas, namun penduduk mendakwa kerja membaik pulih lambat disiapkan sehingga kejadian sama berulang sekitar 4.30 petang tadi.
Menurut mereka, seorang jurucakap Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengarahkan penghuni blok B pangsapuri itu berpindah ke sebuah dewan berhampiran sebagai langkah keselamatan.
Seorang penghuni, Siti Zaleha Dalli, 38, menyifatkan kejadian kali ini lebih teruk berbanding yang pertama.
"Saya dimaklumkan tentang kejadian kira-kira 4.30 petang oleh anak saya sebelum saya sendiri melihat sebahagian besar daripada tebing bersebelahan bangunan telah runtuh.
"Saya difahamkan paip pembentungan dan paip air yang pecah menyebabkan keadaan jadi teruk. Jarak tanah yang runtuh begitu hampir dengan rumah saya," katanya kepada Bernama.
Siti Zaleha turut melahirkan kekecewaan dengan kerja pembaikan susulan insiden pertama dahulu yang didakwa agak perlahan.
"Bila jadi seperti ini, nak tidur pun tak senang, takut keadaan boleh mengancam nyawa. Kalau hujan, kami bertambah risau kerana tanah semakin mendap," katanya.
Seorang lagi penghuni, L.Vijayan, 31, turut berasa kecewa kerana menganggap kerja membaik pulih melibatkan pembinaan tembok sementara itu hanyalah penyelesaian jangka pendek.
"Pada kira-kira 2 pagi, saya dapat tahu ada paip pecah, masa itu hujan lebat tapi saya tidak sangka keadaan akan jadi seteruk ini sebab anggap tembok sementara yang dibina boleh bertahan, tetapi keadaan jadi sebaliknya," katanya.
Sementara itu, seorang penghuni blok A yang hanya mahu dikenali sebagai Pong, 57, mendakwa kawasan berhampiran pangsapurinya menunjukkan kesan mendapan.
"Saya harap pihak berwajib dapat ambil tindakan secepat mungkin untuk menjamin keselamatan penduduk," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati sebahagian tanah yang runtuh itu memasuki bahagian belakang deretan rumah teres terletak tidak jauh dari blok B pangsapuri berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul mengesahkan kejadian itu dan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kejadian masih disiasat, katanya.
Bernama
Tue Mar 26 2013
Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu
PM Israel sokong rancangan Presiden Trump dan mengarahkan tentera bersedia untuk proses memindahkan warga Palestin dari Gaza.
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Pernah mengadu bimbang tanah mendap namun tiada tindakan - Peniaga
Tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa selepas kejadian pertama berlaku pada 2017 dan tragedi semalam merupakan kali kedua.
Hospital COVID-19 terbakar di Iraq, angka korban meningkat 64 orang
Angka korban akibat kebakaran sebuah hospital merawat pesakit COVID-19 di wilayah selatan Dhi Qar Iraq meningkat kepada 64 orang pada Selasa, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Iraq (INA).
Bermadu kali kedua, Ziela Jalil tidak pernah mahu berahsia
"Lima minggu kami kenal memang waktu yang singat. Tapi seperti yang saya yakin bahawa ini semua takdir Allah," kata Ziela Jalil.
'Saya tidak pernah terfikir jadi PM kali kedua'
Menjelaskan pengalaman menjadi perdana menteri buat kali kedua, beliau berkata, kali ini cukup berbeza buat kali pertama.
15 Ramadan satukan kembali Hattan dan Arianie
Setelah lapan tahun berpisah, Datuk Hattan kembali ke pangkuan isteri pertamanya Arianie Mohd Abidin.
Pangsapuri Beringin diancam tanah runtuh lagi
Keselamatan kira-kira 300 penghuni sebuah blok Pangsapuri Beringin terancam susulan kejadian tebing runtuh kali kedua.