Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu blogger ‘Papagomo,’ ‘Parpukari’ dan ‘The Unspinners’ adalah antara 40 'lasykar siber' (cyber trooper) yang diupah oleh isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menonjolkan imej serta reputasi baik beliau di platform media sosial.
Bekas pegawai khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor, 46, berkata ketiga-tiga blogger menerima bayaran RM5,000 sebulan daripada peruntukan sebanyak RM100,000 sebulan selama hampir enam tahun bermula 2012.
“Mereka adalah antara tiga atau empat ketua pasukan 'lasykar siber'. Terdapat juga 12 hingga 15 blogger yang dibayar sekitar RM3,000 dan kira-kira 30 ‘Facebookers’ yang kesemuanya dibayar sekitar RM2,000 sepanjang tempoh enam tahun itu,” katanya semasa disoal balas peguam Datuk Jagjit Singh.
Saksi pendakwaan ke-21 itu memberi keterangan pada perbicaraan kes isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.
Rizal sebelum ini memberi keterangan bahawa pada 2012, atas arahan Rosmah, beliau telah mewujudkan pasukan 'lasykar siber' itu bagi memantau kandungan media sosial dan menangkis serta memberi penjelasan kepada setiap fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada Rosmah.
Saksi itu, yang bekerja dengan Rosmah antara 1 Mei 2009 dan Mei 2018 di bawah Bahagian F.L.O.M (Wanita Pertama Malaysia) yang kemudian dinamakan semula sebagai Bahagian Khas, berkata pasukan 'lasykar siber' beroperasi dengan dana RM100,000 yang diberikan Rosmah kepadanya dalam bentuk tunai setiap bulan bagi membiayai pasukan tersebut.
Jagjit berkata bajet bulanan sebanyak RM100,000 itu adalah dari Pejabat Perdana Menteri yang diberikan secara terus kepada F.L.O.M dan bukannya daripada Rosmah, yang tidak dipersetujui Rizal.
Rizal: Sumber saya tidak tahu tetapi saya ambil (wang) dari tangan beliau (Rosmah).
Jagjit: Wang itu bukan berasal secara peribadi daripada akaun bank beliau (Rosmah).
Rizal: Saya tidak dapat sahkan.
Jagjit juga berkata Rizal tidak mengeluarkan sebarang resit sebagai bukti pembayaran kepada 'lasykar siber' dan saksi utama pendakwaan itu bersetuju.
Peguam itu mencadangkan bahawa resit tidak dikeluarkan kerana Rizal telah bertindak mengambil sebahagian besar daripada wang tersebut untuk dirinya sendiri, yang tidak dipersetujui saksi tersebut.
Jagjit: Terdapat 'lasykar siber' yang mendakwa anda tidak membuat pembayaran kepada mereka, anda telah mengambil sebahagian besar daripada peruntukan itu setiap bulan untuk kegunaan sendiri.
Rizal: Saya tidak setuju.
Jagjit: Saya katakan kepada anda, pasukan 'lasykar siber' itu tidak perlu diwujudkan jika anda menjalankan tugas anda dengan baik.
Rizal: Ia adalah subjektif.
Jagjit: Saya katakan kepada anda, anda gagal melaksanakan tugas anda kerana anda meminta wang rasuah untuk kegunaan peribadi bagi menampung gaya hidup mewah anda.
Rizal: Saya tidak setuju.
Rosmah, 68, didakwa menerima suapan menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Fotovoltaik serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung.
Bernama
Thu Sep 17 2020

Rizal Mansor (gambar) berkata, 'lasykar siber' diupah Rosmah Mansor untuk menonjolkan imej serta reputasi baik beliau di platform media sosial. - Gambar fail/BERNAMA

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Airbus sasar UAE bagi pembuatan komponen pesawat A400M, HAB MRO
Inisiatif itu akan meningkatkan peranan entiti yang berpangkalan di UAE, termasuk EPI dan Strata, dalam pengeluaran dan pembekalan komponen pesawat.

JKNS lancar kod QR Kempen Keselamatan Makanan sempena Ramadan
Menerusi penggunaan QR itu, sebarang aduan di bawah kawal selia JKNS akan disampaikan terus untuk tindakan lanjut.
Serangan pengganas: 12 maut termasuk 7 kanak-kanak di Pakistan
Sekurang-kurangnya 12 orang awam termasuk tujuh kanak-kanak maut selepas dua pengebom berani mati memandu kenderaan yang dipenuhi bahan letupan ke sebuah kemudahan keselamatan di barat laut Pakistan, pada Selasa.
Parlimen Serbia: Kecoh ahli Parlimen lempar bom asap, sembur gas pemedih mata di Parlimen
Ahli parlimen pembangkang Serbia mencetuskan kekecohan dalam sesi parlimen pada Selasa dengan melempar bom asap dan menggunakan gas pemedih mata sebagai tanda protes terhadap kerajaan serta menyokong demonstrasi pelajar yang sedang berlangsung.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.

Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.

#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.

Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.

KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.

Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.

Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.