KUALA LUMPUR:Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menasihati para pencarum supaya bersabar dan menunggu pengumuman Belanjawan 2021.
Ketua Pegawainya, Alizakri Alias berkata, pihaknya memahami keperitan yang dihadapi oleh mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.
Bagaimanapun, para pencarum perlu memikirkan masa depan memandangkan caruman merupakan simpanan pada masa tua, jelasnya.
"Jadi sekarang kalau anggota-anggota kita mengambil duit daripada tabung masa depan mereka, mereka tidak akan mempunyai benih (simpanan) lagi pada masa tua.
"Saya pasti mereka tidak mahu kehidupan yang susah sebab mereka sudah bertahun-tahun lelah bekerja untuk menabung dan apabila usia 60 tahun, mereka tidak mempunyai wang lagi," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI, pada Sabtu.
BACA: MTUC saran kerajaan perhalusi cadangan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP
Mengulas lanjut, Alizakri menegaskan bahawa KWSP komited meringankan beban para pencarum yang terjejas dengan menyediakan bantuan secara holistik termasuk menerusi pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2.
Sehubungan itu, beliau menaruh kepercayaan bahawa kerajaan akan memastikan tiada mana-mana pihak akan ketinggalan, sebaliknya menerima manfaat menerusi Pembentangan Belanjawan 2021 yang dijangka pada 6 November ini.
"Jadi, saya menyarankan buat masa ini kita bersabar, kita tunggu Belanjawan 2021 dibentangkan dan apabila ia dibentangkan, kita akan melihat perbelanjaan yang diperlukan itu sama ada mampu ditanggung oleh kerajaan (atau sebaliknya)," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, beliau berharap agensi berkaitan boleh bersama-sama membantu para pencarum yang kehilangan pekerjaan khususnya untuk memperkasakan semula kumpulan tersebut.
Sejak April lalu, dianggarkan lebih RM11 bilion sudah dikeluarkan oleh seramai 4.7 ahli KWSP menerusi i-Lestari.
Astro Awani
Sat Oct 31 2020
Sejak April lalu, dianggarkan lebih RM11 bilion sudah dikeluarkan oleh seramai 4.7 pencarum menerusi i-Lestari.
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen
Keputusan pelaburan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli.
ADIA akan main peranan penting dalam transformasi MAHB - Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) akan memainkan peranan penting dalam transformasi dan pelaksanaan penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Simpanan Shariah: KWSP perkenal akses lebih pantas, pengaktifan bulanan
Penambahbaikan berkenaan juga membolehkan pendaftaran Simpanan Shariah dibuat secara serta-merta untuk ahli baharu.
PM Anwar terima kunjungan pengurusan tertinggi KWSP
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan delegasinya, hari ini.
AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti
AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.
GDA kekal dengan tawaran RM11 sesaham bagi MAHB
GDA, konsortium yang mencadangkan penstrukturan semula kepentingan MAHB kekal dengan harga tawaran RM11 sesaham, meskipun terdapat cadangan daripada pengarah bebas untuk menolak tawaran itu.
Caruman KWSP pekerja asing dapat kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar
Beralih kepada mesin dan manfaatkan automasi sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, pada masa sama memperkasa keupayaan tenaga kerja warganegara.
288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.