ALOR SETAR: Penduduk yang tinggal di sepanjang persisir sungai di Alor Setar diingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan paras air Sungai Anak Bukit terus merekodkan bacaan melebihi paras bahaya dan Sungai Kedah telah melebihi paras amaran.
Ketua Bahagian Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, Sungai Anak Bukit di Taman Aman merekodkan bacaan aras air 2.88 meter (m) melebihi tahap bahaya manakala Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya merekodkan bacaan air 1.90 meter melebihi tahap amaran setakat jam 9 pagi tadi.
“Manakala enam sungai di negeri ini merekodkan melebihi paras waspada iaitu Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap iaitu (27.07 m), Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di Kubang Pasu (21.16 m) dan Sungai Janing di Padang Terap (27.04 m).
"Selain itu Sungai Pendang di Pekan Pendang merekodkan bacaan paras air (2.28 meter), Sungai Kerian di Rumah Pam Bandar Baharu (1.16 m) dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR merekodkan bacaan (1.48 m) melebihi tahap waspada," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad Suhaimi berkata, trend air menaik di semua sungai di Kedah ketika ini.
Katanya, pemantauan berkala daripada anggota APM sedang dilakukan dan sekiranya berlaku limpahan air tindakan segera untuk memindahkan penduduk akan dilakukan.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Oct 29 2022

Pemantauan berkala anggota APM sedang dilakukan susulan trend air menaik yang dicatatkan di semua sungai di Kedah ketika ini. - Foto Astro AWANI
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat, Perak dan Terengganu tidak berubah
Di Johor, jumlah mangsa melonjak kepada 3,449 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 2,524 orang direkodkan malam tadi.

Kemaman dilanda banjir
Seramai 16 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Geliga Pantai.

Jumlah mangsa banjir di Perak, Kelantan, Johor kekal pagi ini
Sungai Perak di Pasang Api, Bagan Datuk berada pada paras bahaya dengan merekodkan bacaan 3.11 meter (m) berbanding paras normal.

Banjir di Kelantan dan Johor beransur pulih, mangsa di Perak meningkat
Di Kelantan, hanya satu PPS masih aktif di Rantau Panjang setakat 8.30 pagi ini menempatkan 31 mangsa daripada sembilan keluarga.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan, Johor sedikit meningkat pagi ini
PPS di Dewan Kampung Baru Sungai Mas menempatkan 13 mangsa daripada tiga keluarga manakala di SK Gambut, 39 mangsa daripada 11 keluarga.

Banjir: Kelantan dan Terengganu catat peningkatan mangsa
Di Kelantan, 13 PPS diaktifkan di Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai, di Terengganu, empat PPS diaktifkan, semuanya di Hulu Terengganu.

Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.

Sungai Galas, Lebir mulai melimpah, penduduk di Gua Musang diarah siap sedia
Berpandukan situasi terkini paras air sungai dilihat naik dengan begitu cepat.

Mangsa banjir di tiga negeri menurun, Perak meningkat, Melaka kekal
Jumlah mangsa di Kedah yang kesemuanya dari daerah Kota Setar, menurun kepada 243 orang daripada 60 keluarga setakat 8 pagi ini.