JASIN: Paras air Sungai Kesang yang masih tinggi menyukarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menjalankan khidmat khas bagi membantu mengepam keluar air 'banjir termenung' di sekitar Kampung Lanchang, Merlimau di sini.
Pengarahnya Abu Bakar Katain berkata, proses itu akan dilakukan dalam masa satu atau dua hari lagi dan bergantung kepada situasi semasa memandangkan paras air yang bertakung di sekitar kawasan melibatkan tujuh rumah penduduk di situ masih menyamai paras sungai tersebut.
"Pihak kita cuba untuk mengepam air di kawasan tersebut namun keadaannya masih belum mengizinkan disebabkan paras sungai yang masih tinggi menyebabkan kerja mengepam air bertakung itu tidak dapat dilakukan.
"Sekiranya proses itu dilakukan pada hari ini, ia masih tidak akan memberi apa-apa impak besar kerana air itu mengalir semula ke kawasan yang banjir itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri Program Skuad Sukarelawan Pasca Banjir yang disertai 100 sukarelawan daripada pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Belia dan Sukan Daerah Jasin serta badan bukan kerajaan (NGO).
Abu Bakar berkata JBPM Melaka juga membantu menjalankan kerja-kerja lain termasuk pembersihan kawasan dalam dan luar rumah yang terjejas, pengalihan dan penyusunan peralatan, perkakas dan perabot rumah, sanitasi serta penyampaian sumbangan kepada keluarga mangsa banjir.
Sementara itu, seorang penduduk Azhar Jaafar, 54, berkata keadaan banjir yang melanda kawasan rumah mereka pada kali ini agak lama disebabkan 'banjir termenung' itu dan sehingga kini beliau sekeluarga masih lagi berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu sejak 19 Disember.
"Saya berharap cuaca berterusan baik dan air kembali surut di kawasan rumah kami kerana rasa tidak sabar lagi untuk pulang ke rumah setelah 10 hari tinggal di PPS," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021

Keadaan air yang tidak menyurut di kawasan rumah penduduk kali ini agak lama disebabkan fenomena 'banjir termenung'. - Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kampung Bendang Perol: Penduduk tidak pernah letih melawan arus banjir
Semangat penduduk Kampung Bendang Perol di Rantau Panjang yang terkenal dengan julukan "kampung banjir lambat surut' atau banjir termenung itu tidak pernah luntur.

Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung.

Banjir termenung: Penduduk resah aktiviti harian terganggu
Banjir 'termenung' sejak sebulan lepas meresahkan lebih 50 penduduk Kampung Rawai, Marang yang menghadapi kesukaran menjalankan aktiviti harian.

Ban pecah punca banjir termenung di Hilir Perak - Saarani
Banjir termenung di Hilir Perak sejak 23 Okt lepas berpunca daripada ban yang dibina di bawah Rancangan Tebatan Banjir (RBT) pecah di Kampung Batu 9 dan Batu 10, Changkat Jong.

Mangsa banjir di Johor berkurang kepada 35,230 orang petang ini
PPS yang ditutup adalah Dewan Parit Jayus Darat, Batu Pahat sekali gus menjadikan 114 PPS yang masih beroperasi di empat daerah setakat ini.

Banjir di Batu Pahat mungkin berlarutan seminggu lagi - Polis
Banjir yang melanda daerah Batu Pahat, Johor, pada ketika ini, dijangka berlarutan seminggu lagi.

Kampung Tersang kembali digenangi 'banjir termenung'
Keadaan bertambah buruk apabila aliran air dari Sungai Lachang tidak dapat mengalir dengan baik ke Sungai Golok.

RM7 juta untuk usaha 'quick win' atasi banjir termasuk banjir termenung - Ahmad Zahid
Kerajaan meluluskan peruntukan segera RM7 juta untuk usaha 'quick win' bagi mengatasi masalah banjir di daerah Batu Pahat, termasuk masalah banjir termenung.

Banjir Kelantan: 'Empat hari lagi baru surut' - Penduduk dakwa PLSB jadi punca
Mahusin yang sudah 40 tahun tinggal di kawasan itu mengakui sudah biasa dengan keadaan itu, malah pernah berdepan binatang berbisa.

Banjir Kelantan: Lapan NGO bantu mangsa banjir termenung di Tumpat
NGO terlibat menaiki bot selama sejam untuk sampai ke Kampung Kuala Jambu, Kajang Sebidang, Kubang Sawa, Naga Ibu dan Bendang Pak Yong.