KUALA LUMPUR: Keupayaan pertahanan udara negara melalui Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) di Labuan akan dipertingkat dengan rancangan penggantian radar pertahanan udara jarak jauh yang akan ditaja kerajaan Amerika Syarikat, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata tajaan itu adalah melalui program kerjasama strategik 'Building Partner Capacity'.
Selain penggantian radar berkenaan, katanya di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), beberapa inisiatif lain sedang berjalan dan dirancang bagi menambah baik pangkalan itu.
Ini katanya termasuk peruntukan sebanyak RM63.3 juta bagi pembinaan 97 unit rumah keluarga Angkatan Tentera Malaysia yang akan bermula tahun hadapan, RM9 juta bagi pembaikan cerun yang sedang dalam proses lantikan kontraktor dan RM25 juta bagi kerja-kerja turap semula dispersal dan jalan rayap.
Selain itu, RM10 juta diperuntuk bagi pembinaan pelbagai bangunan baharu dan RM12 juta dirancang diperuntuk bagi melaksanakan projek keselamatan dan pertahanan keselamatan pangkalan, seperti pagar perimeter, kamera litar tertutup dan menara pemerhati.
"Insya-Allah dengan terlaksana semua program ini, Kementerian Pertahanan yakin, pangkalan udara Labuan akan kekal berupaya sebagai pangkalan TUDM yang utuh dalam hadapi sebarang ancaman dari negara asing," katanya.
Ikuti perkembangan dan corat-coret sidang Parlimen di sini
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rosman Isli (Warisan-Labuan) yang mahu tahu rancangan kerajaan bagi menambah baik Pangkalan Udara TUDM Labuan.
Dalam pada itu, Ikmal Hisham berkata dalam memperkukuh kawalan keselamatan Sabah, kerajaan bercadang menambah satu lagi briged Tentera Darat untuk kawasan pedalaman Sabah.
Beliau berkata kerajaan juga di bawah RMK12 bercadang memperkuat pertahanan maritim dengan perolehan aset baharu termasuk lapan Littoral Mission Ship dan 13 Fast Interceptor Craft.
Dalam aspek kebajikan, katanya di bawah rancangan negara lima tahun itu, kerajaan bercadang mewujudkan 10,200 unit rumah angkatan tentera seluruh negara dan menaik taraf Hospital Kem Terendak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata tajaan itu adalah melalui program kerjasama strategik 'Building Partner Capacity'.- Gambar fail/Jabatan Penerangan
Ecuador umum tarif 27 peratus ke atas barangan Mexico
Pengenalan tarif ini dibuat bagi -memastikan layanan adil- daripada Mexcio kepada pengeluar Ecuador, kata Presiden Daniel Noboa.
Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng bertanya kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan Malaysia dalam perang perdagangan dunia susulan pelaksanaan tarif oleh AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Februari 2025]
Bahas kepentingan rakyat dan negara, bukan maki hamun atau tabur fitnah - Agong
Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
KJTS Group cadang ambil alih Malakoff Utilities pada harga RM65.5 juta
MUSB akan menjadi anak syarikat tidak langsung milik penuh KJTS setelah selesai pengambilalihan.
#AWANIRingkas 4 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 4 Februari 2025
1️⃣ Isu perang dagang global jadi tumpuan
2️⃣ Kedah umum 11 Februari sebagai cuti peristiwa
3️⃣ Naib Canselor UKM letak jawatan
#awaniringkas
1️⃣ Isu perang dagang global jadi tumpuan
2️⃣ Kedah umum 11 Februari sebagai cuti peristiwa
3️⃣ Naib Canselor UKM letak jawatan
#awaniringkas
Anak syarikat AZRB terima projek bina jambatan bernilai RM63.5 juta
Ia satu lagi pencapaian penting kumpulan selain merupakan bukti rekod prestasi cemerlang AZRB dalam menyiapkan projek seumpamanya.
Rangka manusia ditemukan di ladang sawit
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan daripada orang awam berkenaan penemuan itu kira-kira jam 10.10 pagi.
Institusi Parlimen berperanan besar semak dan imbang pentadbiran – KP J-KOM
Katanya, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang punyai peranan penting dalam mencapai agenda kepentingan rakyat serta kemakmuran negara.
Pilihan Raya Presiden Syria 4 hingga 5 tahun lagi
Presiden Interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan pilihan raya presiden pertama selepas peralihan kuasa dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun.
Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Parlimen: Amerika Syarikat taja radar pertahanan udara jarak jauh di Labuan
Keupayaan pertahanan udara negara melalui Pangkalan Udara TUDM di Labuan akan dipertingkat dengan rancangan penggantian radar pertahanan udara jarak jauh yang akan ditaja kerajaan Amerika Syarikat.