Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa persidangan pertama Parlimen Belia Malaysia (PBM) dijangka akan dilaksanakan pada April 2014, manakala pemilihan pula pada Februari 2014.
Kata beliau, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga sedang giat melaksanakan promosi intensif ke PBM melalui medium berikut, iaitu portal kementerian KBS di mana iklan dan crawler PBM dimasukkan ke portal www.kbs.gov.my disamping portal PBM sendiri iaitu www.parlimenbelia.gov.my, termasuk video korporat PBM yang sedang dalam pembikinan.
Menurutnya sejak penubuhan skuad pendaftaran Parlimen Belia dan gerakan bersepadu di peringkat negeri, KBS telah berjaya meningkatkan jumlah pemilih sebanyak 310 peratus daripada 17,155 pada Mei 2013 kepada 70,181 pada 11 November 2013.
Kata Khairy, promosi turut giat dijalankan di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi.
Jelas beliau, media elektronik melalui promosi di radio dan televisyen juga akan diperhebatkan lagi terutama saluran yang mempunyai ramai pendengar seperti Astro, Hot.FM, Fly.FM, One.FM, RTM, TV9 dan TV3.
“Media cetak melalui pembelian ruang iklan dan hebahan PBM di media cetak melibatkan beberapa surat khabar dan tabloid yang digemari belia juga turut dilaksanakan. Surat khabar dan tabloid yang dicadangkan adalah seperti Kosmo, The Star dan Borneo Post,” kata Khairy yang juga Anggota Parlimen BN-Rembau dalam satu sesi soal jawab di Parlimen pada Isnin.
Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa KBS akan mewujudkan skuad PBM di 15 Jabatan Belia dan Sukan peringkat negeri yang dianggotai oleh lima orang bagi mempromosi pelaksanaan PBM.
“Setiap Skuad PBM akan disediakan bahan promosi seperti pop up, risalah, banner, banting, flyers dan sebagainya,” jelas Khairy lagi.
Tambah beliau, satu sesi taklimat khas akan turut diadakan kepada kesemua ahli-ahli Parlimen berhubung PBM bermula hari ini kepada ahli Majlis Kelab Penyokong Barisan Nasional serta ahli-ahli Parlimen pembangkang pada hari Rabu.
Katanya, kedua-dua sesi akan dibuat semasa waktu rehat tengah hari bermula dengan makan tengah hari.
Parlimen Belia merupakan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua tahun lepas.
Tujuan utama pelaksanaan Parlimen tersebut ialah melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan keperluan negara pada masa ini dan akan datang.
Haider Yutim
Mon Nov 11 2013
JDT ke final Piala Malaysia, singkir Terengganu FC dengan agregat 6-1
Skuad bimbingan Hector Bidoglio membawa bekalan selesa 4-0 daripada aksi separuh akhir pertama pada 17 Jan lepas.
10 Berita Pilihan - (1 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas 1 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Februari 2025
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Amaran ribut petir, hujan lebat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Setibanya anggota pasukan daripada BBP Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa telah dijumpai orang awam.
Polis giat buru tiga suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta supaya tampil menghubungi pihak polis.
Venezuela dijangka benarkan AS hantar pulang rakyatnya yang merupakan pendatang tanpa izin
Pada Jumaat, Presiden Venezuela Nicolas Maduro bertemu dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Richard Grenell di Caracas.
Wakil Malaysia menang dua anugerah pada pertandingan Mrs World 2024
Dr Shalini Devi merangkul gelaran Best Costume Award dan Mrs World Ambassador Award pada pertandingan itu.
2,800 anggota TDM siap siaga bantu mangsa banjir di Sarawak dan Sabah
Ketika ini, formasi 1 Divisyen di Sarawak dan 5 Divisyen di Sabah telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.
Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.
Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.
Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
KBS sedia pertimbang tiga permintaan PKBM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Sukan Negara sedia pertimbang tiga permintaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia kepada kementerian itu.