KUALA LUMPUR: Kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman pemula oleh penyandang kerusi Parlimen Klang Charles Santiago berhubung pembubaran Parlimen ke-14.
Kesemua defendan berkata saman itu tidak mendedahkan sebarang klausa tindakan yang munasabah terhadap mereka kerana kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam membuat pengisytiharan pembubaran Parlimen ke-14 di bawah Perkara 55 (2) dan Perkara 40(2) (b) Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diadili dan dipertikaikan di mahkamah.
Kata defendan, kuasa untuk membubarkan sesuatu Parlimen adalah suatu kuasa prerogatif YDPA di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) yang mana YDPA boleh mengikut budi bicaranya membubarkan Parlimen tanpa perlu mendapatkan nasihat Jemaah Menteri di bawah Perkara 40(1) dan Perkara 40(1A) Perlembagaan Persekutuan.
"Isu permintaan pembubaran Parlimen ke-14 oleh defendan pertama (Ismail Sabri) kepada YDPA pada 9 Okt 2022 adalah bersifat akademik kerana YDPA telah memperkenankan permintaan itu di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55 (2) dan seterusnya membubarkan Parlimen ke-14," kata defendan.
Menurut permohonan itu, SPR mempunyai tugas keperlembagaan di bawah Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan dan dibaca bersama Perkara 113(1) Perlembagaan Persekutuan untuk mengadakan suatu Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa 60 hari selepas pembubaran Parlimen dan kuasa SPR untuk mengadakan PRU tidak boleh diadili.
"Plaintif tidak dapat mengekalkan sebarang bentuk relif yang mempunyai kesan sama dengan mencabar kuasa YDPA untuk pembubaran Parlimen ke-14 dan seterusnya menghalang Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) diadakan," menurut defendan.
Menurut defendan, sebarang cabaran terhadap sesuatu perjalanan pilihan raya tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.
Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid pada 20 Okt ini.
Charles selaku plaintif memfailkan saman pada 11 Okt lalu, antaranya memohon deklarasi bahawa permintaan Ismail kepada YDPA pada 9 Okt lepas untuk pembubaran Parlimen ke-14 adalah menyalahi Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan kerana permintaan itu tidak dibuat berdasarkan nasihat atau kuasa am, jemaah menteri dan oleh itu ia terbatal serta tidak sah.
Beliau juga memohon perintah mahkamah supaya PRU15 dihentikan atas alasan musim banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022

Kerajaan, Perdana Menteri dan SPR hari ini mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman pemula oleh penyandang kerusi Parlimen Klang Charles Santiago (foto) berhubung pembubaran Parlimen ke-14. - Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Parlimen Pakistan dibubarkan
Presiden telah menerima nasihat Perdana Menteri Shahbaz Sharif untuk Dewan Rakyat dibubarkan berdasarkan Perkara 58(1) Perlembagaan Pakistan.

PRU15: 'Buku Tommy Thomas, pengampunan Anwar perlu jadi peluru hentam pembangkang' - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, jentera komunikasi Barisan Nasional (BN Comms) perlu memanfaatkan peluang berkenaan untuk dijadikan hujah menentang pembangkang.

Bubar Parlimen: "Kalau tak setuju, saya boleh pecat semua menteri" - Ismail Sabri
Ismail Sabri mengulangi kenyataan bahawa keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) menunjukkan sikap tidak wajar.

PRU15: Majikan tidak benar pekerja keluar mengundi berdepan tindakan
Majikan perlu memberi kelonggaran kepada pekerja masing-masing untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, atau berdepan tindakan.

Usul Ismail Sabri calon PM terus dapat sokongan bahagian, bukan arahan UMNO
Usul menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri dalam menghadapi PRU15 terus mendapat sokongan sebahagian besar mesyuarat UMNO bahagian hari ini.

Parlimen bubar: Kerajaan, PM, SPR mohon batal saman pemula Charles Santiago
Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid pada 20 Okt ini.

PRU15: PH lancar manifesto Khamis depan - Anwar
Pakatan Harapan (PH) dijangka melancarkan manifestonya sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Khamis depan (20 Okt).

PRU15: Hari mengundi disyor Sabtu, elak operasi sekolah terjejas - Radzi
Hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disyor diadakan pada Sabtu supaya pengoperasian sekolah tidak terjejas, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.

PRU15: Individu positif COVID-19 dibenar mengundi
Individu yang positif COVID-19 namun tidak kritikal, akan dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PRU15: GTA guna logo Pejuang
GTA membuat ketetapan untuk menggunakan lambang dan logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.