KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa tuntutan saman oleh penyandang kerusi Parlimen Klang Charles Santiago berhubung pembubaran Parlimen ke-14 bersifat akademik berikutan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Peguam Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berhujah SPR turut mengumumkan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 Nov.
"Oleh itu, saman pemula difailkan plaintif (Charles) wajar ditolak oleh mahkamah kerana ia bersifat akademik," katanya di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
Bekas Presiden Mahkamah Rayuan itu berkata demikian ketika berhujah dalam permohonan kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan SPR selaku defendan untuk membatalkan saman pemula yang difailkan oleh Charles pada 11 Okt lepas.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada sidang media hari ini mengumumkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRU15 dan tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 Nov manakala pengundian awal pada 15 Nov.
Pelaksanaan pilihan raya itu akan melibatkan peringkat Parlimen di seluruh negara dan negeri yang telah membubarkan Dewan Undangan Negeri iaitu Perak, Pahang dan Perlis.
Turut diadakan serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.
Sementara itu, Zulkefli berhujah kuasa untuk membubarkan Parlimen adalah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong (YDPA), yang tidak boleh diadili dan dipertikaikan di mahkamah.
Katanya ini adalah kerana YDPA boleh menggunakan budi bicara baginda membubarkan Parlimen tanpa perlu mendapatkan nasihat Jemaah Menteri di bawah Perkara 40 (1) dan Perkara 40(1A) Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh itu, permohonan plaintif bersifat akademik kerana pembubaran Parlimen telah dilaksanakan dan ia telah digazetkan," kata peguam itu.
Menurut Zulkefli, isu kesahan permintaan pembubaran Parlimen oleh Ismail Sabri bersifat akademik kerana Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permintaannya seterusnya membubarkan Parlimen ke-14.
Katanya kuasa SPR untuk mengadakan PRU dalam masa 60 hari adalah suatu perkara yang tidak boleh diadili dan agensi itu sepatutnya tidak dihalang daripada melakukan tugas-tugas keperlembagaan.
Sementara itu, peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Charles berhujah bahawa kepentingan peranan yang dimainkan oleh Kabinet dalam memutuskan sama ada Yang di-Pertuan Agong perlu dinasihatkan untuk membubarkan Parlimen tidak boleh diperkecilkan.
"Memang tidak dapat dipertikaikan bahawa jangkaan banjir teruk diramal berlaku pada November dan Disember 2022 iaitu seawal September 2022. Musibah banjir yang berlaku pada Disember tahun lepas, kesannya adalah malapetaka," katanya.
Malik Imtiaz seterusnya berkata pada masa itu, banjir besar telah melanda lapan negeri di Semenanjung Malaysia, menyebabkan 54 kematian dan kira-kira 117,000 orang hilang tempat tinggal dan banjir itu turut menyebabkan kerugian RM6.1 bilion.
"Terbukti daripada bencana banjir tahun lepas, kewujudan Kabinet yang berfungsi amat penting untuk membuat keputusan penting," hujah beliau.
Malik Imtiaz berkata SPR tidak mengemukakan sebarang perancangan mengenai bagaimana pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) ketika banjir.
"Perkara ini tidak sama sekali akademik kerana Pilihan Raya Umum (PRU) masih belum diadakan," katanya.
Selepas mendengar hujahan kesemua pihak, Hakim Ahmad Kamal menetapkan 28 Okt ini untuk keputusan melalui sidang video pada 4 petang.
Charles selaku plaintif memfailkan saman pada 11 Okt lalu, antaranya memohon deklarasi bahawa permintaan Ismail Sabri kepada Yang di-Pertuan Agong pada 9 Okt lepas untuk pembubaran Parlimen ke-14 adalah menyalahi Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan kerana permintaan itu tidak dibuat berdasarkan nasihat atau kuasa am Jemaah Menteri dan oleh itu ia terbatal serta tidak sah.
Beliau juga memohon perintah mahkamah supaya PRU15 dihentikan atas alasan musim banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Charles memfailkan saman pada 11 Okt lalu, antaranya memohon deklarasi bahawa permintaan Ismail Sabri kepada YDPA pada 9 Okt lepas untuk pembubaran Parlimen ke-14 adalah salah.- Fail/Astro AWANI
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Keputusan melaraskan tarif air adalah pelaburan untuk rakyat dan negara - Pengerusi SPAN
Pengerusi SPAN Charles Anthony Santiago berkata, keputusan itu juga dibuat susulan permintaan operator air yang terlibat.

Tujuh empangan berisiko datangkan masalah sumber air kepada LRA - SPAN
Tujuh empangan itu ialah Pedu dan Muda di Kedah; Durian Tunggal, Asahan dan Jus di Melaka; Mengkuang di Pulau Pinang; dan Linggui di Johor.

Charles Santiago mohon maaf: 'Ya, saya terima' - Zakir Naik
Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago diperintahkan untuk memohon maaf kepada penceramah dari India, Zakir Naik di Mahkamah Tinggi.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

PRU15: Penyandang kerusi Parlimen Klang, pengundi fail permohonan kebenaran merayu
Ia selepas rayuan mereka bagi mencabar nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen ditolak semalam.

Rayuan penyandang kerusi Parlimen Klang, pengundi untuk halang PRU15 ditolak
Mahkamah Rayuan menolak saman yang dikemukakan penyandang kerusi Parlimen Klang Charles Santiago dan seorang pengundi Parlimen Pandan bagi menghalang SPR adakan PRU15.

PRU15: Terus undi PH di Klang, rayu Charles Santiago kepada penyokongnya
Charles berharap penyokongnya memberi sokongan kepada V Ganabatirau yang diumumkan DAP sebagai calon PH untuk parlimen Klang.

PRU15: Charles Santiago digugur dari kerusi Klang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemuning, V Ganabatirau akan menggantikan posisi Charles.

Parlimen bubar: Saman Charles kini akademik, SPR umum PRU15 pada 19 Nov - Peguam
Tuntutan saman oleh penyandang kerusi Parlimen Klang Charles Santiago berhubung pembubaran Parlimen ke-14 kini bersifat akademik.

Parlimen bubar: Kerajaan, PM, SPR mohon batal saman pemula Charles Santiago
Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid pada 20 Okt ini.