KUALA LUMPUR: Caruman baharu ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengeluarkan simpanan mereka menerusi kemudahan pengeluaran seperti i-Citra dan i-Sinar akan dikreditkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 untuk membina semula simpanan mereka yang telah dikeluarkan.
Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, dengan itu pecahan caruman akan kembali kepada 70 peratus untuk Akuan 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2.
Menurutnya, berdasarkan statistik KWSP, selepas mengambil kira pengeluaran i-Sinar dan i-Citra, hanya 27 peratus daripada ahli aktif yang berusia 18 hingga 55 tahun yang mempunyai simpanan asas iaitu RM240,000.
Angka itu katanya, menunjukkan penurunan berbanding 30 peratus pada 31 Disember 2020 sebelum kemudahan pengeluaran itu dilaksanakan.
BACA: Ahli KWSP mungkin hidup dalam kemiskinan pada usia tua akibat kekurangan simpanan
"Sudah pasti perkara ini membimbangkan, majoriti ahli dijangka tidak mencukupi simpanan yang mencukupi bagi sekurang-kurangnya menampung keperluan asas kelak.
"Justeru dalam usaha menambah baik simpanan ahli yang mengeluarkan i-Sinar dan i-Citra, kerajaan telah meletakkan caruman baharu yang diterima ahli yang terlibat akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 sepenuhnya sehingga keseluruhan jumlah pengeluaran Akaun 1 diganti semula," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) mengenai langkah kerajaan dalam memastikan simpanan di Akaun 1 KWSP ditingkat semula.
Sementara itu menjawab soalan asal, Che Abdullah mengenai pelan strategi kerajaan untuk menyokong keselamatan persaraan rakyat yang semakin mengecil susulan kebenaran pengeluaran wang KWSP dalam pelbagai skim di bawah pakej rangsangan ekonomi, beliau berkata, kerajaan sentiasa melakukan penambahbaikan berterusan ke atas Skim KWSP sedia ada.
Antaranya kata beliau, pengeluaran umur 55 tahun dan pengeluaran umur 60 tahun yang lebih fleksibel, tempoh tanggungan mencarum iaitu ahli dan majikan wajib mencarum sehingga umur 75 tahun sekiranya ahli masih bekerja, menggalakkan ahli terus kekal aktif bekerja dan majikan mengambil pekerja berumur 60 tahun dan ke atas serta memperkenalkan i-Saraan selain i-Suri.
Selain itu ujarnya, KWSP juga akan memperkenalkan pengeluaran baharu pada tahun ini untuk membolehkan ahli membeli produk insurans atau takaful, menyediakan khidmat nasihat secara percuma dan menerusi program Belanjawanku.
Umavathi Ramayah
Wed Nov 24 2021

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, dengan itu pecahan caruman akan kembali kepada 70 peratus untuk Akuan 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2. - Gambar fail/Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

Kakitangan Petra News tuntut tunggakan gaji, KWSP dan Perkeso
15 kakitangan Petra News termasuk penerbit portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran, menuntut pembayaran segera caruman KWSP.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.