KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Roslan Abu Bakar selepas membenarkan permohonan pempetisyen tersebut, Mohd Azmi Mahmood melalui peguamnya, Datuk Mohd Hafarizam Harun terhadap Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Gua Musang, Ab Fatah Hasbullah (responden kedua) dan SPR (responden ketiga).
“Selepas mendengar hujahan semua pihak, mahkamah menerima permohonan pempetisyen.
“Petisyen pilihan raya untuk responden kedua dan ketiga dibatalkan dengan kos berkongsi sebanyak RM6,000,” katanya.
Menurut beliau, prosiding membabitkan responden pertama iaitu Ahli Parlimen Gua Musang, Datuk Mohd Azizi Abu Naim pula belum selesai.
Sebelum keputusan itu, Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili responden kedua dan ketiga sudah pun membuat hujahan bantahan awal termasuk perkara berkaitan saluran mengundi SMK Felda Chiku yang disebutkan di dalam petisyen berkenaan adalah tidak wujud.
Mahkamah menetapkan 26 Februari ini untuk keputusan bagi bantahan awal petisyen berkenaan.
Sementara itu, peguam bela yang mewakili responden pertama, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pihaknya dikejutkan tindakan pempetisyen yang menarik balik petisyen terhadap kedua-dua responden tersebut.
“Penarikan dibuat selepas pihak SPR dalam bantahan awal membangkitkan perkara didakwa kononnya satu pelanggaran dibuat oleh ketua tempat mengundi, namun tempat itu (SMK Felda Chiku) tidak wujud dalam senarai tempat mengundi.
“Penarikan balik ini adalah perkara yang jarang berlaku dan kita tunggu keputusan mahkamah selepas ini,” katanya.
Pada 3 Januari lalu, Mohd Azmi memfailkan petisyen bagi membatalkan kemenangan Mohd Azizi yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dengan mendakwa berlaku sogokan berbentuk wang kepada beberapa penduduk bagi meraih undi.
Pada PRU15, Mohd Azizi (PN-Pas) menang majoriti tipis 163 dengan memperoleh 21,826 undi menewaskan Tengku Razaleigh yang mendapat 21,663 undi, Asharun Uji (Pakatan Harapan) 4,517 undi dan Samsu Adabi Mamat (Gerakan Tanah Air) 371 undi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 08 2023

Takiyuddin (dua dari kiri) dan Ahmad Hanir (dua dari kanan) bersalaman selepas selesai prosiding pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

Keputusan PRU15 belum diwartakan
Urusan PRU15 belum selesai, Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan belum diadakan.

PRU15: Parlimen tergantung, tiada gabungan peroleh majoriti mudah
Berdasarkan pengumuman SPR, Pakatan Harapan mendahului dengan 78 kerusi diikuti Perikatan Nasional (73) dan Barisan Nasional (29).

PRU15: Shahril Hamdan tewas di Alor Gajah, Mas Ermieyati pertahan Masjid Tanah
Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan tewas di kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU15).