KUALA LUMPUR: Kerajaan setuju untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dengan mengetepikan keperluan untuk mendapat kelulusan pemilik atau penghuni perhimpunan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, dengan pindaan itu, penganjur hanya perlu menghantar notis pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.

"Seksyen 11 Akta 736 (yang mensyaratkan penganjur perhimpunan) memperoleh persetujuan penghuni tempat perhimpunan yang menjadi pertikaian sekarang akan dikeluarkan dari peraturan.

"Seterusnya, yang diperlukan hanya pemberitahuan atau pemakluman kepada polis, lima hari sebelum itu, supaya polis dapat jaga (dan membuat) kawalan keselamatan serta lalu lintas," katanya menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.

BERITA LANJUT MENYUSUL