KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyemak dan mengemas kini dari semasa ke semasa untuk memperluaskan pemberian elaun khas kepada petugas barisan hadapan kesihatan yang mengurus wabak COVID-19 di negara ini, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata, selain doktor, jururawat dan pemandu ambulans yang ketika ini termasuk dalam kalangan petugas yang layak menerima elaun khas tersebut, namun masih terdapat kumpulan lain kesihatan yang terlibat dalam pengurusan wabak itu.
“Kumpulan yang layak menerima elaun khas ini akan kita semak dan kemas kini dari semasa ke semasa, contohnya ahli fisioterapi yang terlibat dalam rawatan pesakit ‘long COVID yang kita fikir menepati kriteria untuk mendapat elaun khas tersebut,” katanya di Dewan Rakyat, di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian, ketika menjawab soalan Datuk Hasan Bahrom (PH-Tampin) yang bertanya mengenai pembayaran elaun kepada pekerja barisan hadapan dalam kalangan kakitangan kesihatan.
Khairy berkata, sehingga 31 Dis tahun lalu sejumlah RM1.1 bilion elaun khas telah dibayar kepada petugas barisan hadapan kesihatan.
Menurutnya, kadar pemberian elaun khas COVID-19 kepada petugas barisan hadapan termasuk doktor, jururawat dan pemandu ambulans telah dinaikkan daripada RM400 kepada RM600 sebulan bermula bulan April 2020.
"Prinsip yang melayakkan pembayaran elaun khas COVID-19 adalah, doktor dan anggota kesihatan perlu diarahkan melaksanakan tugas dalam rantaian skop pengurusan wabak COVID-19 dan bayaran dibuat berdasarkan borang tuntutan yang dibuat oleh pegawai kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Wed Mar 02 2022

Khairy berkata, sehingga 31 Dis tahun lalu sebanyak RM1.1 bilion elaun khas telah dibayar kepada petugas barisan hadapan kesihatan. - Gambar fail/KKM
Rundingan di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA), memetik saluran televisyen berita satelit Al Mayadeen.
Penduduk Seoul berhimpun menjelang keputusan pemecatan Suk Yeol
Ribuan penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan pentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengadakan perhimpunan di seluruh Seoul pada Sabtu.
Turkiye ulang komitmen jadi tuan rumah rundingan damai
Menteri Luar Turkiye akan mengulangi tawaran menjadi tuan rumah rundingan damai antara Ukraine dan Rusia pada mesyuarat pemimpin Eropah di London pada Ahad.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
Dua pelajar cedera ditembak di Texas
Menurut Pihak Polis Pasadena, seorang daripada mereka ditembak di bahagian dada dan berada dalam keadaan stabil..manakala seorang lagi ditembak di bahagian lengan.
Sekurang-kurangnya empat maut
Sekurang-kurangnya empat pekerja maut selepas satu runtuhan salji menghempap pekerja pembinaan di lebuh raya berhampiran sempadan pergunungan India dengan Tibet.

MIFF pacu pertumbuhan industri perabot Malaysia - Johari
Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) menjadi pemangkin utama dalam mencorak dan memartabatkan industri perabot Malaysia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Tumpuan Ahad – 2 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
11 termasuk pempengaruh TikTok ditahan terlibat rusuhan
Polis menahan 11 individu termasuk seorang pempengaruh media sosial kerana disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Dua lelaki lecur 75 peratus, 3 kenderaan musnah
Dua lelaki melecur hampir 75 peratus dan tiga buah kenderaan musnah selepas sebuah rumah kedai yang menempatkan bengkel di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, di sini terbakar pada Sabtu.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 jamin kebebasan Parlimen, bukti reformasi institusi
RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 penting bagi mengembalikan kebebasan Parlimen dan memastikan keberkesanan institusi itu menjalankan fungsinya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Majlis Media Malaysia mampu jamin integriti pengamal media
Dengan adanya usaha baik itu, integriti pengamal media boleh dijamin kerana ia akan diselia oleh pengamal media sendiri.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung inisiatif DBKL mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara diajukan Prabakaran kepada Perdana Menteri.

MOT gantung 247 lesen pengendali kenderaan
Pada 2024 APAD telah menggantung 23 Permit Kenderaan atas kesalahan ketidakpatuhan keselamatan jalan raya.

Caj tapak Bazar Ramadan DBKL serendah RM500
Caj bagi setiap tapak Bazar Ramadan yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan serendah RM500 sahaja.

LKAN 1/2025: Jangan rasionalisasi subsidi rakyat sahaja, agensi rugi juga perlu ditarik dana - Penganalisis
Usaha kerajaan untuk memastikan perbelanjaan dana awam yang lebih hemat dan bersasar tidak boleh hanya digalas oleh orang awam semata-mata.

Lebih 300,000 pekebun kecil getah dijangka terima BMT tahun ini
Sebanyak 331,146 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dijangka menerima manfaat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini.

KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap pada 2025 - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan akan mengambil 3,228 jururawat pada 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan tempatan untuk mengisi jawatan tetap.

JAKIM selaras teks khutbah Persekutuan elak campur tangan politik - Mohd Na'im
JAKIM menyelaraskan penyampaian teks khutbah di masjid-masjid peringkat Persekutuan untuk memastikan tiada campur tangan golongan politik menerusi khutbah Jumaat.