KUALA LUMPUR: Buat julung kali Parlimen Malaysia 'membuka pintunya' kepada orang ramai menerusi penganjuran Hari Terbuka Parlimen selama dua hari bagi memberi ruang mereka mengenali lebih dekat peranan institusi itu sebagai badan perundangan tertinggi negara serta sejarahnya.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berkata kehadiran orang ramai seawal 9 pagi lagi pada penganjuran hari terbuka yang bertema 'Merakyatkan Parlimen, Warisan Negara' itu, menyerlahkan satu lunas iaitu legislatif negara disokong baik oleh rakyat.
"Gerbang bangunan ini membawa pengertian bahawa hak-hak yang wujud di Parlimen adalah hak rakyat," katanya pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Parlimen Malaysia di Bangunan Parlimen di sini hari ini yang turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia Datuk Awang Alik Jeman.
Hadir sama ahli-ahli Parlimen, duta dan perwakilan asing.
Katanya pelbagai acara diadakan sempena penganjuran rumah terbuka itu antaranya pameran negarawan serta pameran buku, persembahan kesenian dan kebudayaan, demonstrasi masakan makanan warisan dan jualan makanan, kraf tangan serta lukisan dan karikatur.
Sebanyak 48 pempamer daripada pelbagai kementerian, jabatan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kedutaan Austria dan kedutaan Palestin serta bahagian Komunikasi Parlimen Malaysia mengambil bahagian.
Pada majlis tersebut, Rais turut melancarkan buku bertajuk Parliament of Malaysia: Pillar of the Nation's Democracy yang dihasilkan oleh kerjasama pegawai penyelidik dan penterjemah Parlimen Malaysia.
Sementara itu, pekerja swasta, Shum Keng Yan, 52, amat teruja apabila berpeluang menjejakkan kaki di bangunan bersejarah yang menjadi simbol amalan demokrasi berparlimen di negara ini.
"Sudah 30 tahun saya menyimpan impian untuk menjejakkan kaki di Parlimen, akhirnya dapat juga.
"Sebelum ini saya cuma baca buku dan tengok di televisyen, tetapi kali ini dapat melihat tempat ini dan memang puas hati. Saya berkesempatan melawat Dewan Negara dan Dewan Rakyat," katanya.
Pelajar Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota di sini, Ahmad Aliff Sofi Ahmat, 19, berkata menerusi penganjuran hari terbuka itu, pelajar sepertinya dapat mengenali badan legislatif Malaysia dengan lebih mendalam khususnya tentang matlamat Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
"Saya dapat melihat lebih dekat proses pentadbiran negara serta apa yang wakil rakyat kita buat di Parlimen ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023

Orang ramai bergambar di hadapan Parlimen sempena Hari Terbuka Parlimen Malaysia di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Parlimen Malaysia, Qatar sepakat sokong isu Palestin, selaras pendirian di pentas antarabangsa
Parlimen Malaysia dan Qatar sepakat untuk terus menyokong isu Palestin, menyelaraskan pendirian bersama, serta memperkukuh kerjasama.

Parlimen gunakan sistem eHantar bagi urusan Dewan mulai esok - Johari
Parlimen Malaysia akan melaksanakan sistem eHantar mulai esok sebagai satu daripada usaha terkini mendigitalkan urusan dewan Rakyat.

Parlimen Malaysia suarakan sokongan perjuangan rakyat Palestin di mesyuarat PUIC
Datuk Ramli Mohd Nor menyuarakan sokongan Parlimen Malaysia terhadap perjuangan dan hak rakyat Palestin di mesyuarat PUIC.

Abad ke-21 Abad Asia, Malaysia perlu lebih aktif terajui rantau ASEAN - Johari
Berikutan abad ke-21 disebut sebagai milik Asia, maka Malaysia tidak boleh duduk diam, sebaliknya harus membangun bersama rantau itu.

Johari bakal bertemu Xi Jinping, tumpu usaha tingkatkan hubungan Malaysia-China
, Tan Sri Johari Abdul bakal menumpukan usaha meningkatkan hubungan Malaysia-China dalam kerangka legislatif dan isu kelestarian alam, sewaktu lawatan rasmi selama empat hari, bermula 24 September.

Muhamad Zamani dilantik Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang baharu
Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan Kementerian Pertahanan Datuk Muhamad Zamani Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang baharu berkuat kuasa semalam.

Parlimen Malaysia buka pintu terima lawatan rakyat buat pertama kali
Buat julung kali Parlimen Malaysia 'membuka pintunya' kepada orang ramai menerusi penganjuran Hari Terbuka Parlimen selama dua hari.

Perbezaan layanan undang-undang antara wakil rakyat dan penjawat awam tidak seharusnya berlaku - Rais Yatim
Penjawat awam akan terus digantung tugas selepas disabitkan di mahkamah, tetapi Ahli Parlimen dan ADUN diberi pelepasan.

"Parliament, Unexpected" bakal rungkai persoalan masalah Parlimen Malaysia
Menurut Mohamad Ariff, buku tersebut turut akan 'merungkai' persoalan mengenai masalah yang dihadapi oleh Parlimen Malaysia.

#GarisMasa: 10 berita mencuri tumpuan ramai sepanjang Oktober 2021
Bait-bait lirik lagu Tragedi Oktober dendangan penyanyi popular era 80-an dan 90-an, Awie itu cukup sinonim dengan bulan Oktober.