KUALA LUMPUR: Pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan sebelum ini, akan dipertimbangkan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan baharu.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata langkah itu adalah bagi memastikan tiada mana-mana individu yang layak dan memerlukan, tercicir daripada menerima bantuan.
"Sukacita saya mengumumkan bahawa pemohon GKP yang tidak diluluskan permohonannya kerana sebelum ini menerima Bantuan Prihatin Rakyat atau Bantuan Khas COVID-19, mereka akan dipertimbangkan untuk bantuan BKM secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.
"Di samping itu, data daripada sembilan agensi kerajaan akan dimasukkan ke dalam data BKM bagi mengurangkan exclusion error.
"Ia melibatkan agensi kerajaan seperti e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penghuni perumahan awam, projek perumahan rakyat (PPR), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), ibu tunggal, penerima skim insurans Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial), penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang juga akan dimasukkan ke dalam data permohonan BKM," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat, di sini, pada Rabu.
Tengku Zafrul berkata, bagi permohonan baharu dan kemas kini untuk BKM, tempoh pendaftaran akan dibuka mulai 1 hingga 31 Jan tahun depan.
Katanya, kerajaan komited membantu golongan memerlukan, dan tidak merancang untuk mengurangkan bantuan kepada golongan rentan bagi 2022.
Beliau menjelaskan bagi separuh tahun ini, sebanyak RM10 bilion bantuan tunai disediakan, termasuk bayaran RM500 menerusi GKP dan Bantuan Khas COVID-19.
"Bagi 2022, kerajaan meningkatkan lagi bantuan tunai kepada B40 tetapi peruntukan RM8.2 bilion BKM disediakan bawah KWC (Kumpulan Wang COVID-19) dan bukan bawah butiran subsidi serta bantuan tunai," katanya.
Pada pembentangan Belanjawan 2022, bulan lalu, kerajaan memperkenalkan BKM dengan bantuan tunai tertinggi sebanyak RM2,000, bagi mengurangkan beban rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan bawah RM2,500 sebulan.
Astro Awani
Wed Nov 24 2021

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata langkah itu adalah bagi memastikan tiada mana-mana individu yang layak dan memerlukan, tercicir daripada menerima bantuan. - Gambar Jabatan Penerangan

Utamakan graduan IMPAC, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Johari
Pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi digesa aktif memastikan graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) memasuki pasaran pekerjaan dan merasai pengalaman praktikal.
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan jumpa TikTok berhubung sekatan 18 akaun TikTok Media
Kerajaan menerusi MCMC akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform TikTok bagi mendapat penjelasan mengenai 18 akaun TikTok organisasi media yang disekat, baru-baru ini.
80 peratus bayar cukai
Lebih 80 peratus daripada pembayar cukai membabitkan individu dan syarikat, mematuhi pembayaran jumlah taksiran yang dibangkitkan oleh LHDN.

286 isu dibangkitkan LKAN disiasat pihak berkuasa
Sebanyak 286 isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) disiasat pihak berkuasa setakat hari ini.
MINDEF tambah baik langkah atasi kejadian buli di Maktab Tentera Diraja
Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kesalahan disiplin termasuk perbuatan buli.

15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat tiba di Malaysia - Kementerian Luar
Lima belas rakyat Malaysia termasuk tiga wanita yang menjadi mangsa sindiket job scam atau penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di tanah air, pada Isnin.
Isu buli: Keyakinan terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata perkara itu dilihat berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.
Bantuan RM150 pada 100,000 murid tingkatan 6 - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan berkata Kerajaan MADANI komited dalam memastikan bantuan persekolahan sebanyak RM150 tanpa mengira pendapatan Ibu bapa diperluaskan kepada kira-kira 100,000 murid tingkatan 6.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Belanjawan 2021: "Rakyat Sabah menderita, tidak boleh tunggu tahun hadapan" - Najib
Najib berkata, Sabah perlu diberi perhatian khusus kerana catat kadar kemiskinan tertinggi dan kadar pertumbuhan terendah dalam Malaysia.

Belanjawan 2021: Bantuan tunai diteruskan bawah Bantuan Prihatin Rakyat
Kerajaan akan meneruskan bantuan tunai secara bersasar menerusi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), sebuah inisiatif yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).