KUALA LUMPUR: Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
Menurut Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun, ia selepas Presiden PCS, Tan Sri Anifah Aman membuat permohonan secara rasmi untuk menyertai sebagai komponen baharu dalam GRS.
Menerusi satu kenyataan pada Rabu, Masidi menyifatkan penyertaan PCS, sebuah parti lokal di Sabah merupakan satu langkah penting dalam mengukuhkan lagi kesatuan dan perpaduan politik di Negeri di Bawah Bayu.
‘’GRS percaya bahawa dengan kerjasama yang lebih erat, gabungan itu dapat mencapai matlamat bersama membangunkan Sabah ke arah yang lebih makmur dan sejahtera.
‘’Selari dengan prinsip Sabah First, GRS kini semakin kukuh dan bersedia menghadapi sebarang cabaran demi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Sabah tercapai,’’ ujarnya.
Untuk itu, GRS berharap rakyat Sabah memberikan sokongan padu kepada GRS dalam usaha membina masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua.
GRS sebelum ini disertai oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Liberal Demokratik (LDP), dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).
Syafik Shukri Jalil
Wed May 22 2024

Untuk itu, GRS berharap rakyat Sabah memberikan sokongan padu kepada GRS dalam usaha membina masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua. - FOTO: PCS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi
Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju ke PRN Sabah tidak akan dibincangkan dalam PAU 2024.

Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.

PKPD Tawau: Percepat bantuan, dengar denyut nadi rakyat
Keadilan harus diberikan kepada sekumpulan aktivis yang ditahan reman kerana melakukan tunjuk perasaan di Kampung Muhibbah Raya, Tawau kelmarin.

BN ulangi pendirian sokong Muhyiddin, tolak DAP, Anwar dan Tun Mahathir
Barisan Nasional (BN) menegaskan ahli Parlimen dari parti itu tetap menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tahniah rakyat Sabah - Abang Johari
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan tahniah kepada rakyat negeri Sabah yang memilih kerajaan baharu menerusi Pilihanraya Negeri Sabah ke-16.