KOTA KINABALU: Sesebuah parti politik adalah platform bagi suara rakyat dan pembangunan sesuatu tempat manakala tugas pemimpin adalah untuk mencorakkannya.
Selain itu parti politik juga bertindak sebagai platform penyatuan rakyat, kata Prof Madya Dr Mohd Sohaimi Esa, Pensyarah Kanan Integrasi Nasional Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Jelasnya, beberapa parti di tanah air ketika ini berjaya mengolah langkah penyatuan itu dan berusaha menyempurnakan usaha pembangunan dan sosioekonomi.
"Parti politik bagi saya adalah sebagai platform sahaja, tetapi bagaimana pemimpin dalam parti itu mencorakkan hala tuju seperti pembangunan dan sosioekonomi masyarakat, dari situ kita dapat lihat 'survival' sesebuah parti itu.
"Parti itu akan relevan apabila pemimpin parti itu dapat menunaikan amanah yang sepatutnya dilaksanakan," katanya yang ditemui di Kota Kinabalu pada Sabtu.
Jelasnya, rakyat kini menilai pemimpin yang mampu menunaikan amanah dan melaksanakan tanggungjawab yang diharapkan.
Atas sebab itulah, kegagalan mengurus parti dengan baik hanya mengundang kemarahan rakyat.
"Sejarah mungkin boleh berulang tetapi bergantung kepada prestasi parti dan pemimpin... adakah seperti yang diharapkan rakyat.
"Cabaran sesebuah parti adalah dari sudut mengutamakan kebajikan rakyat.
"Tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 sebagai contoh dan hasilnya pemimpin-pemimpin ketika itu berjaya menambah baik polisi dan lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB)," katanya.
Tambahnya, cabaran yang dihadapi di Semenanjung Malaysia bersifat plural dan ia jauh berbeza jika dibandingkan dengan senario politik di Sabah.
Bagaimanapun katanya, asas integrasi nasional yang sama boleh ditambah baik di negeri itu kerana pola masyarakat yang kompleks.
Tegasnya, 'survival' politik di Sabah sangat bergantung kepada keupayaan sesebuah parti menyeimbangkan perpaduan dan membangunkan sosioekonomi.
"Di Sabah ini ia begitu kompleks. Sabah tidak sama seperti Semenanjung. Di Semenanjung, sentimen politik bersifat plural - Melayu, Cina dan India - berbanding di Sabah yang multi etnik.
"Kepelbagaian etnik ini menjadikan Sabah ada dinamik tersendiri, maknanya di sini sesebuah parti jika ingin survival seharusnya memikirkan tentang pembangunan terutamanya aspek sosioekonomi dan kita pun maklum di Sabah ini dari segi isu integrasi kaum itu menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.
"Jadi sebenarnya, polisi pembangunan atau yang kita katakan sebagai keperluan asas rakyat itu yang perlu diberikan perhatian seperti pembangunan infrastruktur, peluang pekerjaan dan sebagainya," tegasnya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Feb 20 2021
![Parti itu platform, pemimpin yang mencorakkannya - Penganalisis Parti itu platform, pemimpin yang mencorakkannya - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613804377_TBMohdSohaimiEsa.jpg)
Menurut Prof Madya Dr Mohd Sohaimi Esa, sesebuah parti itu akan relevan apabila pemimpin parti itu dapat menunaikan amanah yang sepatutnya dilaksanakan. - Astro AWANI
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731596473_TeoNieChing.jpg)
Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo
Jumlah wanita yang menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan menteri di Malaysia masih rendah, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
![PRK Sungai Bakap: Fahmi pandang serius, kutuk sekerasnya insiden gangguan seksual terhadap wartawan PRK Sungai Bakap: Fahmi pandang serius, kutuk sekerasnya insiden gangguan seksual terhadap wartawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719441154_FahmiFadzil.jpg)
PRK Sungai Bakap: Fahmi pandang serius, kutuk sekerasnya insiden gangguan seksual terhadap wartawan
Fahmi memandang serius insiden gangguan seksual terhadap seorang wartawan wanita yang sedang bertugas bagi liputan kempen PRK DUN Sungai Bakap.
![10 parti politik Afrika Selatan setuju bentuk kerajaan perpaduan nasional 10 parti politik Afrika Selatan setuju bentuk kerajaan perpaduan nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719178167_MyANC.jpg)
10 parti politik Afrika Selatan setuju bentuk kerajaan perpaduan nasional
Kesepuluh-sepuluh parti ini bersama-sama memperoleh 70 peratus undi dalam pilihan raya 2024.
![Pentas kempen parti politik runtuh, sembilan maut Pentas kempen parti politik runtuh, sembilan maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716456691_TBcollapses.jpg)
Pentas kempen parti politik runtuh, sembilan maut
Sembilan orang maut selepas sebuah pentas dalam acara kempen untuk parti politik runtuh pada petang Rabu di negeri Nuevo Leon di utara Mexico.
![Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703215508_TBSIDANGMEDIALETUPAM.jpg)
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
![UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713657685_UMNOPutatan.jpg)
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
![UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri, bukan rampas kuasa - Bung Mokhtar UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri, bukan rampas kuasa - Bung Mokhtar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81711975693_BungMoktarRadin.jpg)
UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri, bukan rampas kuasa - Bung Mokhtar
Bung Moktar Radin berkata kehadiran UMNO ke negeri itu sejak 33 tahun lepas bukanlah hendak merampas kuasa, kerana UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri.
![Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704171641_TBzahidhamidi.jpg)
Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengetepikan sentimen politik ketika mengagihkan bantuan banjir kepada rakyat.
![Kesepakatan parti politik tempatan penting bagi pembangunan negeri, rakyat - Hajiji Kesepakatan parti politik tempatan penting bagi pembangunan negeri, rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703885048_HajijiHajiNoor.jpg)
Kesepakatan parti politik tempatan penting bagi pembangunan negeri, rakyat - Hajiji
Katanya, tiba masanya rakyat Sabah bersatu dalam satu wadah tempatan dan mengelakkan perpecahan bagi menjaga kepentingan negeri dan rakyat.
![STAR, PBS tidak mahu terburu-buru bergabung, ingin pastikan kerjasama teratur STAR, PBS tidak mahu terburu-buru bergabung, ingin pastikan kerjasama teratur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703498868_jahidjahimjeffrey.jpg)
STAR, PBS tidak mahu terburu-buru bergabung, ingin pastikan kerjasama teratur
Kedua-dua parti ketika ini melihat kepada usaha untuk mengadakan program secara bersama yang mampu membantu rakyat Sabah.