ATHENS: Bekas Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis berjanji untuk melaksanakan lebih banyak pembaharuan secepat mungkin selepas partinya memenangi pilihan raya umum kedua dan memperoleh majoriti di Parlimen.
Selepas 95 peratus undi dikira, parti New Democracy (ND) memperoleh 40.55 peratus dan memperoleh 158 kerusi Parlimen daripada keseluruhan 300 kerusi untuk membentuk kerajaan, menurut keputusan rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
"Kami menerima mandat melakukan pembaharuan yang diperlukan negara kita dengan sepantas yang mungkin," kata Mitsotakis, lapor Xinhua. .
Beliau berkata, selepas diberi mandat untuk penggal kedua, Greece bakal mengalami perubahan lagi dan berikrar untuk membawa lebih banyak kemakmuran buat semua.
Parti sayap kiri PASOK- KINAL memperoleh 17.84 peratus undi, manakala parti PASOK-KINAL mendapat 11.88 peratus.
Sebanyak lapan parti dijangka memasuki Parlimen akan datang, selepas melepasi tiga peratus undi yang diperlukan di bawah undang-undang pilihan raya.
Pada Isnin, Presiden Greece, Katerina Sakellaropoulou akan memberi mandat kepada Mitsotakis untuk membentuk kerajaan baharu.
Pilihan raya pertama pada 21 Mei berakhir tanpa keputusan muktamad. Parti Frontrunner ND gagal memperoleh majoriti berdasarkan sistem pilihan raya yang digunakan.
Memandangkan tiada persetujuan dicapai untuk membentuk kerajaan campuran pada Mei, kerajaan sementara telah dilantik untuk menjalankan pilihan raya pusingan kedua.
Pilihan raya kedua yang diadakan pada Ahad, sistem pilihan raya yang dipinda telah digunakan yang memberikan bonus sehingga 50 kerusi tambahan untuk parti yang menang.
Pada pilihan raya umum 2019, ND menang dengan 39.8 peratus undi dan memperoeh 158 kerusi di Parlimen. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
![Parti konservatif menang pilihan raya Greece, ikrar lebih banyak pembaharuan Parti konservatif menang pilihan raya Greece, ikrar lebih banyak pembaharuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687744192_AlexisTsipras.jpg)
Kyriakos Mitsotakis berjanji untuk melaksanakan lebih banyak pembaharuan secepat mungkin selepas partinya memenangi pilihan raya umum kedua dan memperoleh majoriti di Parlimen. - Gambar AP
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Parti konservatif menang pilihan raya Greece, ikrar lebih banyak pembaharuan Parti konservatif menang pilihan raya Greece, ikrar lebih banyak pembaharuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687744192_AlexisTsipras.jpg)
Parti konservatif menang pilihan raya Greece, ikrar lebih banyak pembaharuan
Kyriakos Mitsotakis berjanji melaksanakan lebih banyak pembaharuan selepas partinya memenangi pilihan raya umum kedua.
![Rakyat Greece pilih anggota Parlimen baharu Rakyat Greece pilih anggota Parlimen baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687670453_TBgreeceelection.jpg)
Rakyat Greece pilih anggota Parlimen baharu
Kemenangan dijangka diperoleh parti konservatif Nea Dimokratia (ND), yang dipimpin oleh Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis.
![Parlimen Greece dibubarkan, pilihan raya pada 21 Mei Parlimen Greece dibubarkan, pilihan raya pada 21 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682219754_Greekflagflutters.jpg)
Parlimen Greece dibubarkan, pilihan raya pada 21 Mei
Parlimen baharu Greece dijadual dibentuk pada 1 Jun 2023.