CAPE TOWN: Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) yang memerintah Afrika Selatan telah kehilangan majoriti mutlak buat pertama kali dalam tempoh tiga dekad, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya pada Sabtu selepas Pilihan Raya Parlimen minggu ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Dengan 97.51 peratus undian dikira, ANC mencatatkan 40.11 peratus pada pagi Sabtu, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (IEC). Keputusan awal ini menunjukkan kehilangan kuasa yang besar bagi parti pemerintah yang dipimpin Presiden Cyril Ramaphosa.
Buat julung kalinya dalam sejarah negara ini, parti yang pernah dipimpin oleh pejuang anti-apartheid Nelson Mandela akan terpaksa membentuk gabungan.
Selama 30 tahun lepas, sejak permulaan demokrasi pada tahun 1994, ANC sentiasa menang pilihan raya dengan majoriti mutlak dan mentadbir ekonomi terkuat di benua itu secara bersendirian.
Parti Perikatan Demokrasi (DA) memperoleh 21.71 peratus undi, menurut keputusan awal, manakala parti yang ditubuhkan hanya enam bulan lepas oleh bekas Presiden Jacob Zuma, uMkhonto we Sizwe (MK), mendapat 14.84 peratus. Parti yang dipengaruhi Marxis, Pejuang Kebebasan Ekonomi (EFF) memperoleh 9.37 peratus undi.
Pengulas politik sebahagian besarnya mengaitkan kehilangan kuasa bersejarah ANC - hampir 17 mata peratusan sejak pilihan raya parlimen 2019 - kepada penubuhan baru MK, sambil menuding jari kepada rekod pemerintahan lemah parti itu.
Negara selatan Afrika dengan 61 juta penduduk itu mengalami ekonomi yang bermasalah, kadar pengangguran yang tinggi, perusahaan milik negara yang usang, gangguan bekalan elektrik yang kerap, serta jenayah dan rasuah yang tinggi.
Ahli daripada 52 parti bersaing dalam pilihan raya 29 Mei untuk 400 kerusi parlimen. Setelah keputusan diumumkan, ahli parlimen yang baharu dipilih mesti membentuk kerajaan dan memilih presiden dalam tempoh 14 hari. Kerajaan di peringkat wilayah juga telah dipilih semula.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Sat Jun 01 2024

Buat julung kalinya dalam sejarah Afrika Selatan, parti yang pernah dipimpin oleh pejuang anti-aparteid Nelson Mandela akan terpaksa membentuk gabungan. - Reuters

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Jasad anggota tentera pengaman PBB dihantar pulang ke Afrika Selatan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa sekali lagi menekankan gesaan untuk segera melakukan gencatan senjata.

Afrika Selatan harap Trump lawat negara itu menjelang Sidang Kemuncak G20
Afrika Selatan berharap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melawat negara itu tahun ini sempena Sidang Kemuncak G20.

Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan
Presiden Cyril Ramaphosa nafi dakwaan Presiden Trump bahawa pihak berkuasa Afrika Selatan sedang "merampas tanah."

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.

Cucu Mandela ditahan berhubung kes rampas kereta, miliki senjata api
Polis dari unit tindak balas taktikal JMPD menerima maklumat mengenai lokasi sebuah kenderaan yang dirampas daripada syarikat penjejak kereta.

7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.

Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel
Dokumen tersebut mengandungi lebih 750 halaman bukti yang disokong ekshibit serta lampiran lebih 4,000 halaman.

Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.

Aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia
Bekas aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia pada Jumaat.